Kedai Cik B kena sihir, Vida renjis air rendaman daun bidara buat halau jin

Baru-baru ini, usahawan sensasi, Dato’ Seri Vida meluahkan rasa kecewanya apabila perniagaan anaknya, Cik B dikatakan sendu sejak kebelakangan ini.

Menurutnya, kedai Cik B dulu dipenuhi dengan pelanggan yang kebanyakkannya datang untuk menikmati corndog serta air boba yang dijual disitu kini mulai sepi selepas didakwa disihir seseorang.

Tambah Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman, kedai terletak di Jelapang, Ipoh itu berkemungkinan disihir oleh seorang individu yang dikenalinya.

@datoserividaofficialPELANGGAN TAK NAMPAK KEDAI CIK B BOBA LOVA SEBAB KENA SIHIR. YA ALLAH TAK BAIK BUAT SAYA MACAM NI.KALAU NAK TAU APA BERLAKU KAT KEDAI CIK B BOLEH TENGOK DEKAT YOUTUBE SAYA. Link : https://youtu.be/knKs8O7aBeg♬ original sound – QU PUTEH BARULAH PUTEH

Tebang lagi sekali pokok pisang

Oleh sebab itu, menerusi perkongsian terbarunya di media sosial, usahawan terbabit telah datang ke kedai Cik B dengan membawa sekali air rendaman daun bidara yang disarankan oleh seorang ustaz untuk menghilangkan sihir tersebut.

Pokok pisang yang berada berhampiran dengan kedai itu turut ditebang sekali lagi selepas ditebang sebelum ini memandangkan beliau percaya sihir tersebut berkemungkinan berada di situ.

@datoserividaofficial Replying to @esok2lupa baru tebang pokok pisang tu dah naik balik ! Saya ikhtiar ikut ajaran ustaz #fypppppppppppppp #sihir #datoserivida #fypシ゚viral🖤tiktok #foryou #fyp #dsv #fypシ゚viral #cikb #cikbobalova #dsvkuikhlaskan ♬ Future – Official Sound Studio

Ustaz nampak sawang labah2

Dalam pada itu, Vida juga memaklumkan ustaz yang ditemui ada mengatakan terlihat tanah kubur serta sawang labah-labah berhampiran kedai Cik B berkemungkinan menjadi penyebab kemerosotan perniagaannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Boba ni minuman bermusim

Perkongsian yang dibuat Vida itu menuai pelbagai komen daripada warganet terutamanya di TikTok. Ada yang mengakui bahawa kedai Cik B seakan tiada seri dan tidak kelihatan.

Ada juga warganet memberikan pandangan dengan mencadangkan agar Vida merubah lokasi kedai tersebut supaya mudah dilihat pengunjung.

Sumber: TikTok datoserivida, Instagram datoserivida

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*