Kedah lawan JDT, Ini Hajat Besar Kedah Di Darul Aman


Notice: Trying to access array offset on value of type bool in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Notice: Trying to get property 'post_title' of non-object in /home/beraniba/caramohon.com/wp-content/themes/mh-magazine-lite/includes/mh-custom-functions.php on line 144

Pada hari jumaat ini pertandingan Liga super Malaysia bakal dimulakan semula selepas berehat sebentar, dan ini merupakan perlawanan ke-7 bagi setiap pasukan. Antara perlawanan yang menarik untuk disaksikan pada hari jumaat ini adalah perlawanan diantara pendahulu Liga Super Johor Darul Ta’zim menentang Kedah di Stadium Darul Aman, Kedah.

Kedah lawan JDT, Ini Hajat Besar Kedah Di Darul Aman

Perlawanan ditempat sendiri pasti tidak mahu melepaskan mata dengan mudah ke pihak lawan. Itulah antara hajat besar Kedah FA pada hari jumaat ini dimana mereka mahu menjadi pasukan pertama yang tidak dibolosi pada awal saingan Liga Super ini selepas 6 perlawanan.

Kedah lawan JDT, Ini Hajat Besar Kedah Di Darul Aman
Image by : kosmo.com.my

Kedah merupakan pasukan paling sedikit dibolosi oleh pihak lawan. Sehingga perlawanan ke-6 Kedah hanya diatasi dengan 2 jaringan gol sahaja. Selain daripada kedah PKNS FC juga merupakan pasukan yang paling sedikit dibolosi gol.

Menerusi kapten mereka, kedah berhajat untuk tidak memberikan sebarang gol kepada lawannya yang kini menduduki tempat pertama Liga.

Katanya mereka ingin meneruskan kekebalan di Stadium Darul Aman. Walaupun sedar itu bukanlah satu tugas mudah buat pasukan ini. Tambah ketua pasukan tersebut, mereka telah bersedia untuk meneruskan kejayaan di awal saingan Liga Super Ini.

Menariknya JDT pula merupakan pasukan paling banyak menjaringkan gol buat masa ini. Jadi boleh aku katakan perlawanan ini antara perlawanan paling menarik untuk dilayan oleh peminat bolasepak.

Artikal Popular :

1 Trackback / Pingback

  1. Akhyar Rashid Kembali Ke Kedah - The Info

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*