Kebumikan jenazah hingga malam, frontliner alun takbir raya di tanah perkuburan

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak sebelum Aidilfitri tempoh hari nampaknya berlanjutan sehingga ke Aidiladha.

Walaupun ramai yang sedih tidak dapat pulang ke kampung halaman pada hari perayaan sekali lagi, namun apa yang lebih menyedihkan adalah kes harian dan jumlah kematian disebabkan pandemik Covid-19 terus meningkat.

Tanah perkuburan disesetengah tempat dilihat seakan tiada sunyinya kerana ada sahaja liang lahad yang sudah disiapkan untuk mengebumikan jenazah sehinggalah menjelang Aidiladha.

Sempat alunkan takbir raya

Oleh itu, menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dan juga frontliner yang menguruskan pengebumian jenazah di tanah perkuburan Islam, mereka dilihat sempat mengalunkan takbir raya seusai menyelesaikan proses pengebumian.

@wantherebabSalam aidil adha.. takbir bergema #fyp #fypシ #frontliner #fy #SausageMan #cov #mati #jang #tiktokmalaysian #hidupjanganJOBO♬ original sound – WanThereBAB

“Doakan kami terus kuat”

Dalam muat naik yang dilakukan pengguna TikTok dikenali sebagai wantherebab, dia dan team sempat mengucapkan selamat Hari Raya Aidil Adha dan berharap agar orang ramai dapat mendoakannya serta semua frontliners supaya terus kuat menjalankan tugas.

@wantherebabSalam aidil adha #fyp #fypシ #frontliner #fy #SausageMan #cov #mati #jang #tiktokmalaysian #hidupjanganJOBO @zackaffendi♬ Takbir Hari Raya – Various Artists

Jangan ada yang nak balik kampung

Disamping itu, pengguna TikTok berkenaan juga sempat menitipkan pesan supaya orang ramai terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sempena Hari Raya Aidiladha ini dengan tidak ‘curi-curi’ pulang ke kampung.

@wantherebabEkau balik kampung den report polis #fyp #fypシ #frontliner #fy #SausageMan #cov #mati #jang #tiktokmalaysian #hidupjanganJOBO♬ original sound – WanThereBAB

Ramai rasa sayu

Video wantherebab memuat live di TikTok semasa mengalunkan takbir di tanah perkuburan juga sempat dirakam oleh warganet dan dimuat naik semula ke Twitter.

Takbir raya paling sebak

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui sebak melihat situasi seperti itu.

Mereka juga mendoakan agar semua frontliner diberi kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan seperti ini dan berharap ke positif harian Covid-19 segera turun memandangkan semua pihak sudah penat dengan semua ini.

Ada ahli keluarga turut bersemadi disitu

Sumber: TikTok wantherebab, Twitter najwamhmad

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*