Ini Keajaiban Zikir “LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH” Kepada Anak Malaysia M4NGSA Lock Down Di Mekah

Ini Keajaiban Zikir “LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLA BILLAH” Kepada Anak Malaysia M4NGSA Lock Down Di Mekah

Waktu Mekah Lock Down, di antara pelajar Malaysia terkesan adalah Harith… Pelajar Malaysia di Universiti Ummul Qura tidak ramai, tak sampai 100 orang…

Nak keluar Mekah tak boleh.
Dan lock down berlarutan panjang,
Haru, berpeluh, gelisah.

Dari bumi Mekah, Harith menghubungi si ibu,
Nun jauh beribu batu, Resah di hatinya,
Di hati ibu juga sama, Anak seorang terdampar di bumi yang asing.

Pesan si ibu,
Harith, Bacalah ‘La Hawla wa La Quwwata Illa Billah’,
Baca jangan berhenti, Baca dengan dihayati.

Waktu tu, Kalau ikut logik akal,
Tiada harapan dapat keluar dari Mekah,
Pulang balik Malaysia.

Harith baca dan terus baca zikirnya,
Pesanan ibu disemat ketat-ketat, Harith meyakini, Semua yang berlaku ini,
Ada satu Kuasa yang mengurustadbirnya, Serahkan pada Dia semuanya,
Seorang hamba sudah tiada daya upaya, Melainkan dengan izinNya.

Tup tup, Pengumuman di media massa keluar,
Kerajaan Saudi membenarkan perjalanan pulang bagi warganegara asing.Waktu tu,
Talian Saudi Airlines memang terlalu sibuk, Tak dapat ditembusi pun,
Macam goreng pisang panas, Sebab semua orang nak keluar dari Mekah,
Pulang ke kampung halaman.

Entah dari mana, Ada hamba Allah, Beritahu Harith,
Cuba akses ke website Saudi Airlines. Dalam debar,
Harith cuba ke website tersebut.

Dan, Percaturan Allah,
Harith dapat membeli tiket kapalterbangnya dengan mudah sekali, Subhanallah !
Bayangkan, Tiket yang ada,Adalah pada hari peperiksaan akhirnya,
Episod debar mendebarkan, Silih berganti,Seperti ‘roller coster’.

Terus-terusan Harith berzikir, La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.
Naik je kapal terbang dari Jeddah,
Kemudian transit di Dammam selama 1 jam,
Dan,Ternyata,Luar biasa gerak kerja Allah,
Elok landing di Dammam,

Ting! Peperiksaan online baru bermula,
Dan Harith menduduki peperiksaan Di Airport Dammam itu,
Menjawab semua soalan berbahasa arab itu,
Dalam masa transit 1 jam sahaja,Lambat jawab,
Hilang akses internet, Atau kesukaran nak naik pesawat kembali.

Dan,
Allah sebaik-baik Penolong,
Semua soalan siap dijawab dan dihantar,
Beberapa minit sebelum kapalterbang kembali berlepas.

Dan,
Keputusan peperiksaan itu,
Harith mendapat 98/100 markah.

Bayangkan,
Dalam keadaan betul-betul masa kecemasan,
Mana waktu tu orang berpusu turun dari pesawat,
Beratur lagi,Mana nak cari tempat yang sesuai lagi,
Kalau jenis cemas dan gabra,30 minit awal je habis dalam tandas,Terkucil !

Tapi,
Subhanallah !
Itulah Allah sebaik-baik Penolong.

Sampai je di Malaysia,
Mereka disambut dengan layanan luar biasa oleh barisan Frontliner,
Luggage diangkat oleh Frontliner, Disantuni oleh para Frontliner dengan sebegitu baik,

Kemudian menaiki bas,
Disediakan makan dan minum,
Diiring dengan motor dan kereta polis menuju ke hotel di Bukit Bintang untuk kuarantin selama 2 minggu
Betul-betul terasa seperti Menteri, Seperti VVIP, Delegasi luar negara.

Sampai di hotel,
Tak perlu beratur di kaunter untuk check-in,
Tanpa perlu keluarkan duit atau kad kredit,
Semua dihantar terus masuk ke bilik hotel,

Dengan keadaan sangat selesa.
Makan dan minum untuk sahur dan berbuka semua di depan pintu,
Asal buka pintu,Ada makanan.

Kata Harith,
Entah macam mana lah keadaan syurga nanti,
Kalau begini pun terasa sungguh indah sekali.
Itulah gerak kerja Allah yang Maha Teliti,
Magiknya sampai penduduk di bumi pun tak dapat menjangka kehadirannya.

Hidup ini sebenarnya magik,
Magik di atas rahmat Allah,
Bilamana sandaran kita total kepada Allah,
Allah akan uruskan semuanya sekonyong-konyongnya,
Sampai kita rasa tak percaya.

Hidup logik,
Membuatkan kita merasa sedikit longgar kebergantungan kita padaNya,
Kita merasai segala berlaku atas usaha kita.

Allah boleh menjadikan yang tidak logik itu seperti magik,
Dan Allah juga boleh menjadikan logik itu seperti tidak logik,
Semuanya Allah yang memegang segala kekuasaan di langit dan di bumi.

Maka,
Serahkan lah semua urusan kita pada Yang Maha Hebat Urus Tadbirnya.
La Hawla Wala Quwwata Illa Billah.

Pening urus anak, Pening urus pasangan, Pening urus famili,
Pening urus bisnes, Pening serba serbi,
Zikirlah, لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيْمِ
Ertinya: “Tiada daya dan upaya kecuali dengan kekuatan Allah yang maha tinggi lagi maha agung.”

Sabda Rasulullah ﷺ bermaksud,

“Maukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam surga? Maka sahabat menjawab, ‘Tentu wahai Rasulullah’ﷺ. Rasulullah ﷺ menjelaskan,’Bacalah La hawla wa la quwwata illa billah” (HR: Muslim)

Sumber : Nadir Al-Nuri
Kredit video : gadis manja

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*