Keadaan Janna Nick Memblmbangkan kini dalam Rawatn diluar negara

KEADAAN kesihatan yang kurang balk menyebabkan pelakon Janna Nick terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia pada Isnin.

Berkongsi mengenai perkara itu di lnstagram, Janna yang kini berada di negara berkenaan bagi urusan kerja memberitahu dia dibawa ke hospital berkenaan bagi mendapatkan rawatan. “Datang Jakarta untuk ke hospital,” tulis Janna pada ruangan kapsyen bersama rakaman video dia terbaring di katil hospital.

Sebelum ini Janna pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia menghldap penyaklt bipolar. Pelakon filem Juang itu bagaimanapun tidak menyatakan penyaklt dan rawatan yang diterima di hospital berkenaan.

Perkongsian Janna itu mengundang kebimbangan peminat dan rata-ratanya mendoakan agar dia cepat sembuh. “Sedihlah tengok macam ni, semoga cepat sembuh okay. Get well soon Janna, hanya doa mengiringi dirimu di sana. Cepat balik Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“Are you okay kakak? Semoga cepat sembuh. “Semoga Janna dirahmati Allah SWT, diberikan kesembuhan, kekuatan, ketabahan, perlindungan. Dipermudahkan segala urusan berjalan lancar dengan sempurna dan selamat.

Bakal muncul dalam filem Juang yang akan ditayangkan pada 8 September depan. Pada Sabtu lalu, Janna memaklumkan dia bakal ke Jakarta dan Singapura bagi menyelesaikan urusan kerja.

“KL – Jakarta – Singapura, semoga segala urusan dipermudahkan. Tolong doakan saya ya,” tulisnya.

Janna Nick mendedahkan golongan pesakit mental berdepan situasi otak yang sangat bising. Janna berkata, disebabkan itu, dia kadang-kadang bercakap dengan kuat dan ia bukan kerana dia seorang ‘happy go lucky’ atau ‘loud’.

“Hati rasa lain, otak cakap lain. Bayangkan duduk sendirian atau di tengah keramaian. Selain daripada suara-suara orang. Pesakit mental kena berlawan dengan suara-suara dalam kepala sendiri.

Bukan satu suara, lebih empat hingga lima suara sepanjang hari,” tulisnya menerusi Instagram. Menurutnya, dia hanya tidur waktu yang paling sunyi dan paling tenang serta mengakui ubat-ubatan sangat membantu proses ini.

Janna berkongsi satu watak yang dekat dengannya iaitu individu yang mengalami masalah bipolar dalam drama bersiri berjudul Misteri Mona lakonannya.

Sumber Mstar dan Hmetro viA https://www.chnewstime.com/

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*