Kbur destinasi pertama selepas jawab kertas terakhlr SPM Pelajar sebak kenang rakan hlang selamanya selepas

SETIAP pelajar ada cara tersendiri dalam meraikan ‘kebebasan’ mereka selepas menamatkan alam persekolahan.

Menurut Mohamad Zaim Mohd Tajudin, 18, dia bersama rakan-rakan yang lain sudah berjanji untuk menziarahi pusara arwah rakan mereka di Tanah Perkuburan Felcra Nasaruddin, yang mningal dunia dua tahun lalu.

“Kertas peperiksaan Subjek Landskap Dan Nurseri berakhir pada 10.30 pagi Isnin. Saya dan rakan-rakan, lebih 20 orang, kami dah berjanji sejak dua minggu lepas.

“Habis je last paper, kami bersalaman dengan cikgu dan terus pergi untuk menziarahi kubur dan baca surah Yassin,” katanya

Malah kata Zaim, dia juga sehingga kini tidak mengetahui dengan jelas punca kemat1an mengejut rakannya yang sudah lama dikenali itu.

“Saya pun tak tahu punca. Arw4h mninggal pada tahun 2018. Dia ditemui dalam sebuah ladang. Saya pun terkejut dan memang tak sangka.

Menurut anak bongsu daripada tiga beradik itu, biarpun sudah lama berlalu, dia masih ingat dengan jelas saat menerima berita dvka mengenai sahabat yang dikenali sebagai Hadi itu.

“Masa tu saya tengah main futsal. Kemudian perasan dia tak ada. Tak lama kemudian ada orang datang maklumkan yang dia ditemui mninggal dunia.

“Memang kami semua berhenti main futsal masa tu, menangis sebab terkejvt. Biasanya arw4h pun selalu main futsal dan akan menjadi penjaga gol,” imbas remaja itu lagi.

Menurut Zaim yang sudah tiga minggu bekerja sambilan di sebuah kedai cendol, arwah sering diingati kerana sikapnya yang ringan tulang.

“Dulu masa sekolah rendah saya sama kelas dengan arw4h. Sekolah menangah kami belajar di kelas berbeza.

“Banyak kenangan, tapi saya paling ingat sebab dia rajin tolong orang. Dia banyak tolong kawan-kawan.

Zaim dan rakan-rakannya menduduki peperiksaan Subjek Landskap Dan Nurseri yang berakhir 10.30 pagi Isnin.

“Saya paling ingot Sebab dia rajin tolong orang”

“Sampai tahap dia pernah tolong cuci motor,” imbasnya.

Menurut Zaim, idea untuk ke kubvr itu sama-sama tercetus hasil perbincangan dengan rakan-rakan yang terdiri daripada pelajar dua kelas berbeza iaitu kelas Landskap dan Seni Reka Tanda

Malah, mereka sempat membersihkan kubvr all4hy4rham dalam kunjungan itu.

Jelas Zaim lagi, dia juga tidak memiliki gambar kenangan bersama kerana tidak menyangka rakannya itu akan pergi secepat ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .

Sumber:mstar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*