Kawan hina tanah kecik, tapi nak jadi jutawan. Kini umur baru 22 dah boleh bayar gaji besar.

Usianya baru 22 tahun, namun Azmani Nurdin daripada masyarakat Orang Asli suku Temuan boleh berbangga kerana berkeupayaan menggaji enam pekerja di kebun sayur miliknya di RPS Sungai Bilut di sini, yang diusahakan sejak tiga tahun lalu.

Azmani berkata kebun yang diusahakan dengan kaedah fertigasi itu membabitkan timun, cili, terung dan petola yang ditanam secara giliran bagi memastikan kesuburan tanah terus kekal, sekali gus menjamin kualiti hasil tanaman.

Mula2 ramai yang ragu-ragu

Kebun seluas lebih 0.4 hektar itu mula diusahakannya seawal usia 19 tahun dan imbas Azmani, beliau terpaksa menerima muka memohon bantuan daripada pelbagai agensi selain meminjam daripada keluarga dan rakan untuk dijadikan modal permulaan.

“Ramai yang ragu-ragu dengan niat, kebolehan dan kesungguhan saya untuk memulakan projek ini. Usia yang muda mungkin menyebabkan ramai tidak percaya saya boleh pergi jauh tambahan pula, saya tidak ada pengalaman…”

“Saya hanya menoreh getah selepas tamat Tingkatan Lima dengan upah RM70 seminggu. Selepas itu, saya ke Pulau Pinang untuk belajar dalam bidang kemahiran. Jadi, tidak dinafikan saya kosong dalam pertanian…”

Dah boleh nampak hasil

Bercerita lanjut, anak kedua daripada lima beradik itu mengaku bersyukur dengan sokongan ibu bapanya, Nurdin Ayob, 54, dan Rohani Jo, 45, yang dibenarkan membuka tanah milik ibunya, selepas mereka berulang kali bertanya jika beliau benar-benar yakin boleh melakukannya.

“Tanah masih seperti ketika saya baru membukanya. Ketika itu, saya terpaksa memekakkan telinga apabila ada yang bergurau menunjuk ke arah semak dan bertanya jika itu adalah sayur yang saya tanam…”

“Selepas hasil pertama masih ada yang tidak yakin saya boleh meneruskan kerjaya sebagai petani. Tapi, Alhamdulillah berkat usaha dan sokongan semua, mereka kini sudah nampak bidang pertanian boleh mendatangkan pendapatan…”

Pernah alami kerugian

Seperti petani lain, Azmani berkata dirinya juga pernah menguji apabila tanaman cili yang diusahakan pada hujung 2017 diser4ng penyak1t sehingga mengalami kerugian hampir RM40,000 menyebabkan beliau ‘terduduk’ kerana bimbang akan membayar gaji pekerja.

Enggan mengalah, Azmani mengumpulkan pekerjanya untuk menerangkan situasi sebenar dan atas semangat berpasukan, mereka bangkit semula dengan menanam tanaman baharu bagi mendapatkan semula modal pusingan.

Bangkit semula, tak perlu hidup susah lagi

Buat masa ini, kebun itu diusahakan dengan tanaman timun dan jangkaan tuaian sebanyak 20 tan yang akan dipasarkan ke Pasar Borong Selayang, Selangor dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dengan kiraan pulangan sebanyak RM20,000.

“Saya bersyukur kerana hasil tanaman boleh memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada keluarga. Jika dahulu ada masanya kami terpaksa makan ubi kayu, namun kini setiap hari kami boleh menjamah nasi…”

“Saya sering mengingatkan diri supaya tidak lupa dengan usaha dahulu. Ada masa kami menjamu keluarga pekerja dan rakan-rakan selain turut memberikan hasil sayur kepada mereka yang memerlukan perkongsian rezeki…”

Ambil peluang yang disediakan

Azmani berkata bagi menambah ilmu dalam bidang pertanian, beliau mula menyambung pelajaran di Institut Pertanian Lipis, dekat sini pada awal tahun ini dan berulang-alik dengan menaiki bas pada setiap hujung minggu untuk ke kebun sebelum pengajian ditangguhkan ekoran pandemik COVID-19.

Sepanjang ‘peninggalannya’, kebun itu diselia abangnya Shukran, 23, selain turut dibantu bapa mereka memastikan kerja harian seperti menyiram, membaja dan menuai jika sudah tiba musimnya dilakukan mengikut jadual.

“Saya harap masyarakat Orang Asli dapat mengambil peluang yang disediakan kerajaan untuk berjaya sama seperti kaum lain. Kita sepatutnya mengubah nasib sendiri. Jika diberikan seribu bantuan sekalipun, ia tidak akan ke mana jika bukan kita yang berusaha…”

Tambah Azmani, tidak boleh mempunyai sikap senang berpuas hati. Walaupun kebun boleh dikatakan dapat memberi gaji, dia sudah merancang mahu menyewa tanah pak cik yang bersebelahan untuk diusahakan pada bulan hadapan.

Sumber : karteldakwah

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*