kaum Dayak lengkap berbaju tradisi buat laporan polis, Pakaian Iban Dihina

kaum Dayak lengkap berbaju tradisi buat laporan polis, Pakaian Iban Dihina

Pasangan Influencer yang popular dengan saluran Duriankimchi hari ini menjadi topik utama selepas isu menyentuh sensitiviti masyarakat Sarawak telah mendapat perhatian warganet.

Mana tidaknya, kata-kata yang dikeluarkan oleh Ryzal Ibrahim itu sangat keterlaluan walaupun dia sudah meminta maaf diatas tindakannya yang menyamakan pakaian tradisional kaum Iban seperti alas TV dan kain buruk.

Buat laporan polis terhadap Duriankimchi

Hal ini semestinya membuatkan masyarakat Iban dan Sarawak bengang kerana kata-kata sebegitu merupakan satu bentuk penghinaan kepada budaya dan adat mereka.

Oleh itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mewakili kaum Dayak Sarawak telah tampil membela ‘saudara’ mereka apabila membuat laporan polis di Balai Polis Puchong Jaya, Serdang, Selangor dengan memakai pakaian tradisional kaum mereka.

Tuntut permohonan maaf secara terbuka

Menerusi laman Facebook Mike Jok, dapat dilihat wakil-wakil kaum Dayak hadir ke balai polis membuat laporan ke atas penghinaan yang dilakukan oleh pasangan infleuncer tersebut.

Dalam penulisannya juga, Mike menggesa pihak berkenaan supaya memohon maaf secara terbuka dan berjanji tidak mengulangi hal seperti itu lagi.

Kita rakyat hidup ada perlembagaan

Dalam pada itu, wakil dari kaum Dayak itu juga memberi peringatan kepada semua supaya jangan sesuka hati mengeluarkan kenyataan penghinan kepada mana-mana kaum kerana kita hidup di dalam perlembangan dan perlu saling hormat-menghormati.

Jadi, janganlah memandang hina mana-mana kaum termasuklah Iban Dayak kerana masing-masing mempunyai maruah sendiri yang harus dijaga.

“Kita sebagai rakyat yang berpandukan kepada Perlembagaan dan Undang2, Adat dan Agama masing2 tetap mahu hidup dalam AMAN dan DAMAI dengan semua pihak selagi dia seorang manusia yang hidup di bumi ini. Setiap manusia itu ada maruah dia tersendiri. Maka kita harus hormati satu sama yang lain.”

“Jangan pandang Rendah Terhadap Dayak Sebab Dayak Ada Maruah Seperti Manusia Lain Juga.” tulisnya.

Terdahulu, video pasangan Malaysia-Korea, Ryzal Ibrahim dan isterinya, Maryam terlanjur melakukan penghinaan kepada pakaian tradisional masyarakat Sarawak ini tular di media sosial sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warganet.

Selepas teruk dikecam, kedua-duanya telah menurunkan video yang dimuat naik sebelum melakukan permohonan maaf di Instagram mereka dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan itu.

Anda dah Baca? jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih

Sumber:Mike Jok,Sarawak Entertaiment

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*