Kartunis yang terkenal dengan nama pena Petai, Roslan Kassim dikhabarkan telah kembali ke Rahmatullah pagi ini.
Menerusi perkongsian warganet Hadi Hilman dalam ‘group’ Facebook Kolektor Kartun Malaysia, arwah didakwa meninggal dunia awal pagi tadi dipercayai kerana sesak nafas.
Selain itu, banyak sumber lain daripada rakan-rakan kartunis, saudara dan orang awam juga memaklumkan perkhabaran duka yang sama.
Dapat berita mengejut tadi mengatakan bahawa kartunis Petai @ Roslan Kassim telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi tadi. Masih terkejut dengan perkhabaran ini. Semoga keluarga almarhum tabah menghadapi dugaan ini. Mari bersama kita doakan yang terbaik buat beliau pic.twitter.com/1QTTpXFb4O
— Ubi (@inchekubi) February 4, 2021
Sementara itu, individu bernama Yaya Closet yang juga merupakan anak saudara arwah juga memaklumkan perkara sama menerusi satu kenyataan di Facebook.
“Dapat perkhabaran, bapa saudara saya telah meninggal dunia. Al-Fatihah untuk Pak Usu. Mohon beri Al-Fatihah untuk arwah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.
“Hilangnya bintang kartunis majalah Ujang..Petai Palooza,” katanya dalam hantaran tersebut, pagi ini.
Arwah Roslan merupakan salah seorang kartunis yang pernah mewarnai majalah-majalah humor tempatan seperti Ujang dengan menggunakan nama penanya, Petai.
Arwah juga turut menghasilkan komik humornya sendiri dengan berjudul ‘Petai Palooza’.
Salam takziah untuk arwah Roslan Kassim Petai. Al-Fatihah.
Sumber: Kolektor Kartun Malaysia / Yaya Closet / Twitter / Zunar
Leave a Reply