Kantoi gilakan suami orang, lelaki lepas geram cekik isteri sampai mati

SEORANG lelaki mengaku membawa anaknya berusia enam tahun berkunjung ke sebuah pantai selepas mencekik isterinya hingga mati.

Dalam kejadian di Semarang di Jawa Tengah, Indonesia pada Ahad, suspek membawa anaknya ke pantai sebelum menyerah diri kepada polis.

“Saya mahu menyenangkan anak sebelum saya menyerah diri.

“Anak saya tak tahu apa-apa,” kata lelaki berusia 26 tahun itu pada sidang media di Balai Polis Semarang pada Isnin.

Dia mengakui pada mulanya tidak berniat untuk membunuh, tetapi hanya mahu melepaskan kekecewaannya dengan mencekik isterinya.

Tindakan kekerasannya itu susulan mendapat tahu isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain yang sudah berkahwin.

Perkara terbongkar selepas melihat mesej perbualan mereka menerusi aplikasi WhatsApp dalam telefon isterinya.

“Isteri saya berbual dan menelefon suami orang. Daripada mesej perbualan itu, isteri saya merindui dia,” katanya.

Ketua polis Semarang, AKBP Donny Lombantoruan berkata, bedah siasat akan dilakukan ke atas mangsa.

“Individu yang melakukan tindakan kekerasan fizikal dalam rumah tangga, mengakibatkan kematian mangsa berdepan hukuman penjara 15 tahun,” katanya. – Kompas

sumber:mstar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*