Kanak-kanak lemas tergelincir takungan air bendang

ARAU – Seorang kanak-kanak lelaki ditemui mati lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam takungan air di kawasan sawah di Kampung Hutan Kandis di sini petang ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa, Muhammad Amir Faris Rohaizad yang menunggang basikal dikatakan tergelincir lalu terjatuh ke dalam takungan air sedalam dua meter tersebut.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Nanda Maarof memberitahu, siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa menunggang basikal di laluan batas sawah bersama adik lelakinya berusia lapan tahun dan rakan perempuan berusia 11 tahun.

“Kesemua mereka menunggang basikal secara berasingan sebelum mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terjatuh ke dalam petak sawah padi tersebut.

“Rakan mangsa yang melihat kanak-kanak lelaki itu terkapai-kapai di dalam takungan air itu bergegas pulang ke rumah mangsa terletak kira-kira satu kilometer untuk mendapatkan pertolongan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, ibu bapa mangsa terus bergegas ke tempat kejadian dan mendapati terdapat beberapa penduduk kampung sedang menarik mangsa dari dalam takungan air di petak sawah.

“Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan telah meninggal dunia,” ujarnya.- K! ONLINE

Sumber : terengganuviral

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*