pertama kali buat bekam, gambar The Rock dipenuhi komen sunnah Rasulullah

Kaedah bekam bukan perkara asing untuk masyarakat di negara ini. Ia menjadi salah satu rawatan alternatif dalam mengubati pelbagai penyak1t dengan membabitkan proses membuang dara4h bertoksik daripada permukaan kulit.

Terbaru, tindakan ahli gusti dan selebriti Amerika Syarikat, Dwayne Johnson atau dikenali sebagai ‘The Rock’ melakukan rawatan bekam menarik perhatian pengikutnya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by therock (@therock)

Menerusi sebuah posting, figura yang dikenali sebagai ‘The Rock’ itu berkongsi sekeping gambar ‘mirror selfie’ memaparkan belakang badannya dipenuhi kesan tompokan merah hasil daripada rawatan tersebut.

“Kali pertama melakukan kaedah bekam. Nampak lebih berbentuk daripada apa yang dirasai, tapi secara keseluruhan saya menikmati terapi ini,” tulisnya.

Malah, pelakon berusia 49 tahun itu mengakui sering mencari pelbagai alternatif baru bagi mengekalkan kesihatan dan kecergasan dalam kehidupan seharian.

“Kita hanya memiliki satu badan, jadi kita mesti menjaganya dengan baik,” katanya.

Posting tersebut dihujani komen segelintir umat Islam serata dunia yang menyatakan bahawa bekam adalah amalan sunnah Rasulullah SAW dan sahabat baginda.

Ia sunnah dalam Islam

Teknik perubatan Rasulullah

Terapi diri

Dapat menyegarkan tubuh badan

Bagaimanapun, kaedah tersebut sudah semakin meluas terutama di pusat rawatan kecantikan atau kesihatan tanpa mengira bangsa yang telah mencuba bagi melancarkan peredaran darah serta membuang angin.

Sumber: Instagram The Rock

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*