Nabila Huda join kelas mengaji anak, tak segan sama2 belajar Iqra

Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini di semua negeri kecuali di Sarawak, segelintir individu memanfaatkan masa dengan melakukan pelbagai perkara berfaedah.

Terbaru, pelakon hebat Nabila Huda memuat naik perkembangan diri dan anaknya di laman sosial Instagram dimana mereka meluangkan masa dengan mempelajari bahasa Sepanyol dan Mandarin.

Selain belajar bahasa baru, pelakon berusia 36 tahun itu menyatakan dia baru mula belajar Iqra dengan mengikuti kelas mengaji anaknya Keisha Laila.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nabila Huda (@kupu_kupu)

Menurut Nabila, disebabkan mereka selalu bersaing dan mahu menang dalam setiap pertandingan, dia membuat keputusan menyertai kelas mengaji anaknya.

Pelakon filem M4M4 itu turut menyatakan itu merupakan kali pertama dan meluahkan rasa teruja kerana dia tidak pernah belajar Iqra seumur hidup, sebaliknya hanya Muqaddam sahaja.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan pengikutnya turut berasa gembira dan memuji usaha murni Nabila tersebut.

Alhamdulillah, belajar Iqra pun berebut

Moga usaha diberkati

Nabila mendirikan rumah tangga bersama Mohd Izwan Johar pada 25 Disember 2015. Keisha pula adalah cahaya mata hasil perkahwinan pertama pelakon tersebut dengan Zaidi Zailani pada 2008.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

Sumber: Instagram Nabila Huda

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*