“Jika sudah tiba masanya, ambil la nyawa ibu dalam keadaan tenang”- Chef Wan

“Jika sudah tiba masanya, ambil la nyawa ibu dalam keadaan tenang”- Chef Wan

Sebelum ini, cef selebriti popular, Chef Wan mendedahkan ibunya iaitu Noraini Abdullah atau lebih mesra disapa Cik Ani dalam keadaan tenat dan sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta.

Bukan itu sahaja, difahamkan Chef Wan dan beberapa ahli keluarga yang lain tidak terlepas dalam membacakan ayat suci Al-Quran buat ibunya semalam ketika insan tersayangnya itu dalam keadaan nazak.

Pun begitu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Chef Wan di laman Instagramnya, dia reda jika Allah menjemput insan tersayangnya itu di malam Jumaat ini jika sudah tiba masanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Jelasnya, dia tidak sanggup untuk melihat syurganya itu menanggung ‘sengsara’ dalam jangka masa yang panjang dan berharap ibunya pergi dalam keadaan tenang.

“Ya Allah, di malam jumaat ini kami berdoa sekiranya sudah tiba masanya, ambil la nyawa ibu saya dalam keadaan tenang. Saya tak boleh lihat ibu merana selama ini. Ia sangat menyakitkan,” ujarnya di ruangan kapsyen. 

Terdahulu,Chef Wan mendedahkan doktor yang sedang merawat ibunya memaklumkan insan tersayangnya sudah tidak memberi sebarang maklum balas.

Difahamkan, dia juga enggan untuk meletakkan ibunya di unit rawatan rapi (ICU) kerana mahu syurganya pergi dalam keadaan tenang.

Sumber: Instagram @_chefwan58

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*