Jika Benar Sya1tan Dirantai, Mengapa Masih Ada Kejadian Ganggvan Makhlvk Halus Di Bulan Ramadhan? Ini Penjelasan Mufti

Berikut adalah penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan berhubung soalan di atas.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari ki4mat.

Pertanyaan ini mungkin berpunca daripada dua buah hadith daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ شَهْرُ رَمَضَانَ فُتِّحَتْ أَبْوَابُ السَّمَاءِ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ جَهَنَّمَ، وَسُلْسِلَتِ الشَّيَاطِينُ

Maksudnya: “Apabila datangnya Ramadhan maka dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu ner4ka dan dib3lenggu syait4n-syait4n.”

(Riwayat al-Bukhari, no. 1899)

Dalam riwayat Muslim, no. 1079, disebutkan (وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ)

Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani: “…Berdasarkan sebahagian pandangan, yang dimaksudkan sy4itan dalam hadith ini merujuk kepada sebahagiannya, iaitu mereka yang ganas lagi menentang bukan semua sy4itan.

Sebab itulah Ibnu Khuzaimah membuat judul bab dalam kitab Sahihnya untuk hadis berkaitan, lalu beliau menyebutkan hadis diriwayatkannya sendiri dan juga diriwayatkan oleh at-Tirmidzi, an-Nasaa’i, Ibnu Majah, dan al-Hakim… sebagaimana di atas.  Lihat Fath al-Bari, 4/114

Jika diteliti, terdapat satu bab dalam Sahih Ibn Khuzaimah yang dinamakan:

بَابُ ذِكْرِ الْبَيَانِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا أَرَادَ بِقَوْلِهِ: «وَصُفِّدَتِ الشَّيَاطِينُ» مَرَدَةُ الْجِنِّ مِنْهُمْ، لَا جَمِيعَ الشَّيَاطِينِ «إِذِ اسْمُ الشَّيَاطِينِ قَدْ يَقَعُ عَلَى بَعْضِهِمْ

Maksudnya: “Bab penjelasan terhadap apa yang dimaksudkan dengan Sabda Nabi SAW:‘Dan dibelenggulah sy4itan-sy4itan yang gan4s (atau besar).” Bukan merujuk kepada seluruh syaitan kerana sebutan (atau istilah) sy4itan-sy4itan adakalanya digunakan untuk sebahagian dari mereka.” (Lihat Sahih Ibn Khuzaimah, 1/188)

Syeikh Anwar al-Kashmiri menyebut: “(Dibelenggu sy4itan-sy4itan) di sisi riwayat Tirmidzi: Jin yang ganas. Justeru, tidak lazim bahawa dirantai keseluruhannya.” Lihat Faidh al-Bari ‘ala Sahih al-Bukhari, 3/327

Menurut Imam al-Qurtubi sebagaimana yang dinukilkan oleh Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani,

“Sesungguhnya ganggvan sy4itan hanya berkurang terhadap orang-orang berpuasa yang memelihara syarat-syarat puasa dan adab-adabnya. Atau yang dib3lenggu hanya sebahagian sy4itan s4haja, iaitu yang gan4s dari kalangan mereka, bukan semuanya sebagaimana dinyatakan dalam sebahagian riwayat.

Atau yang dimaksudkan adalah berkurangnya kejahatan dalam bulan Ramadhan, dan ini merupakan perkara yang dapat dirasakan, di mana kej4hatan ketika bulan Ramadhan lebih sedikit jika dibandingkan dengan bulan-bulan selainnya…” (Lihat Fath Al-Bari 4/114)

Kesimpulan

Berdasarkan apa yang telah dinyatakan di atas, kami cenderung bahawa maksud sy4itan yang dibelenggu itu adalah:

Hanya sebahagian sy4itan sahaja yang dib3lenggu iaitu yang besar atau ganas (مَرَدَةُ الْجِنِّ) manakala selebihnya masih ada.

Ia juga membawa maksud sy4itan tidak bebas menggoda orang-orang yang beriman berbanding bulan-bulan yang lain.

Gangguan boleh dielakkan dengan memperbanyakkan ibadah dalam bulan Ramadhan seperti amalan puasa itu sendiri, membaca al-Qur’an, berzikir dan sebagainya

Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Hulaimi yang menyatakan maksud dib3lenggu itu mengandungi makna para sy4itan tidak dapat sampai memberi ujian/godaan kepada umat Islam sepertimana di luar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir. (Lihat Fath al-Bari, 4/114)

Dalam masa yang sama, kami juga mencadangkan kepada mereka yang berhadapan dengan individu yang mengalami ganggvan sebegini untuk merujuk juga kepada pakar perubatan kerana kemungkinan ia berkait rapat dengan mas4lah psikiatri dan bukannya ganggvan makhlvk halvs semata-mata.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

 

 

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*