Walaupun ingin berada dalam kelompok 4 pasukan terbaik sahaja, Johor Darul Ta’zim akan membuat beberapa siri aksi persahabatan pra musim mereka di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum aksi musim 2020 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemilik Johor Darul Ta’zim. Menurut beliau, mereka akan mengadakan beberapa aksi latihan dan aksi persahabatan dengan beberapa kelab ternama di UAE.
Baginda memilih UAE sebagai tempat pra musim kerana kebanyakkan kelab-kelab di Eropah juga mengadakan pra musim mereka di sana seperti Spartak Moscow dan macam-macam kelab ada disana. Malah kelab yang beraksi di kancah ACL juga berada di Dubai termasuk kelab dari China.
Saya mahu memberikan pendedahan terbaik buat pemain katanya. Walaupun tunduk besar ketika siri persahabatan nanti tidak mengapa asalkan pemain-pemain tahu apa yang mereka harus perbaiki sebelum beraksi dalam Liga super dan ACL nanti.
Pemain JDT dijangka akan bertolak ke Dubai pada 15 Januari ini dan akan berada di sana sekurang-kurangnya dua minggu. Ada pihak yang akan support mereka walaupun tidak penuh.
TMJ berkata baginda hanya mahu pendedahan terbaik di Dubai selain mahu Johor Darul Ta’zim layak ke pusingan kedua dalam kempen ACL selepas mereka berjaya memberi aksi cukup baik dalam penampilan pertama mereka.
Mengenai status Liridon Krasniqi yang menjalani latihan bersama JDT sejak Khamis lalu, Tunku Ismail menegaskan belum ada pengumuman lagi sama ada bekas pemain Kedah dan Melaka United itu akan menyertai pasukan juara Liga Super enam musim berturut-turut itu.
Leave a Reply