Jadi baran & ‘naik gila’ kalau jalan jihad dicabar, Caprice akui sedang sakit

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, influencer terkenal, Caprice telah menulis pelbagai kenyataan yang menjurus kepada misi kemanusiaan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew.

Sehinggalah semalam, beberapa siri live IG dari pihak Caprice dan pihak team Ustaz Ebit Lew telah mengeluarkan kenyataan dan masing-masing mempertahankan hujah.

Caprice juga turut teruk dihentam kerana memulakan hal tersebut dan memaklumkan akan melakukan pendedahan pada 21 Julai ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Caprice (@capriceofficial)

Sukar tidur, terpaksa ambil ubat

Pagi tadi, menerusi IG story influencer tersebut, dia memberitahu sukar untuk tidur dan gejala berkenaan sudah dialami sejak tiga minggu lalu.

“Saya telah lama mengalami penyakit ini. Saya perlu ambil Rivotril ini untuk membuat fikiran saya tidak berfikir terlalu banyak, tapi saya tak suka ambil kerana pada keesokan hari saya akan menjadi numb (tidak berfungsi),” katanya.

Namun begitu, Carice tidak menjelaskan secara detail mengenai penyakit yang dialami. Dia turut menjelaskan selepas 1 bulan, berkemungkinan dia tidak dapat memasuki Gaza seperti yang diharapkan sedari awal.

“Saya memang tengah sakit, selepas satu badan hadap semua orang, kemungkinan besar tak dapat masuk Gaza sebab ada tangan yang tak mahu saya masuk,” ulasnya.

Akui baran & naik gila kalau jalan jihad dicabar

Tambahnya lagi, dia menafikan spekulasi orang ramai mengenai penyakitnya yang menyentuh soal depresi kerana merasa apa yang dialami ketika ini adalah satu jihad. Caprice memaklumkan dia ‘naik gila’ kerana ada yang cuba mencabar jihadnya terhadap Gaza dan Palestin.

Menurutnya, sesiapa yang mengenalinya pasti akan tahu bagaimana marahnya dia andai ada yang menyentuh soal Gaza atau Palestin.

“Sudah masuk tiga minggu saya makan ubat tidur tapi masih tak boleh tidur. Ada yang kata ini mungkin sebab masalah depresi saya. Tapi saya fikir ini bukan depresi, tapi jihad saya. Apabila ada yang mencabar jihad saya terhadap Gaza dan Palestin saya memang bocome crazy. Sesiapa yang kenal saya tahu saya macam mana bila setuh mengenai Gaza dan Palestin.

“I become crazy dan baran yang memang tak boleh bawa bincang. I’m so sorry,” luahnya.

Rasa sedih, harap hubungan kembali ok

Walau bagaimanapun, dihujung video tersebut, Caprice ada memaklumkan yang dia begitu sedih dan berharap agar hubungan antaranya dan Ustaz Ebit Lew kembali baik seperti dulu tanpa ada sebarang campur tangan politik atau pihak-pihak yang dirasakan mengambil kesempatan terhadap isu Gaza.

Terdahulu, influencer tersebut telah memuat naik beberapa tangkapan skrin dengan memaklumkan pelbagai isu yang dia tidak puas hati terhadap misi kemanusiaan Ebit Lew.

Hal tersebut juga telah dijawab oleh personal assistant (PA) Ebit Lew, Arieffarhanz dan kemelut kedua-dua pihak nampaknya masih belum berakhir.

Ramai yang menantikan 21 Julai ini apabila Caprice mendakwa akan membuat pendedahan yang pastinya membuatkan ramai terkejut.

Sumber: Instagram Caprice

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*