Isu sambal palsu: Wanita ‘ciplak’ produk Khairul Aming tampil mohon maaf

Sejak semalam, Influencer terkenal, Khairul Aming telah memuat naik kekesalannya terhadap tindakan individu tidak bertanggungjawab apabila menjual produk Sambal Nyet palsu kepada pelanggan di aplikasi Shopee.

Dedahkan nama

Individu tersebut bukan hanya ‘menciplak’ Sambal Nyet keluarannya, tetapi membuatkan kualiti produk dihasilkan mendapat review negatif kerana menjual sambal palsu yang berbau busuk dan berbuih.

Khairul Aming juga memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung isu tersebut dan telah mendedahkan nama individu tersebut sebagai pengajaran buat semua.

Datang minta maaf

Rentetan daripada itu, individu yang menjual produk Sambal Nyet palsu menggunakan nama Masturaaliyah telah tampil bertemu dengan pihak Khairul Aming bagi meminta maaf dan mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

Buat tiga tuntutan

Walaupun wanita tersebut telah datang mengakui kesilapan, Influencer terbabit telah membuat tiga tuntutan kepada individu berkenaan.

Pertama, dia harus membayar pampasan wang tunai. Walau bagaimanapun, duititu tidak akan digunakan untuk membuat refund tetapi akan disedekahkan kepada asnaf. Khairul Aming memaklumkan dia tidak akan mengambilnya.

Tuntutan kedua pula membuat pemohonan maaf secara terbuka dan telah pun dilakukan. Dan yang terakhir adalah membuat pengakuan salah kepada pihak polis serta membuat pemintaan maaf secara bertulis.

3. statement pengakuan salah di balai polis. tadi dia dh pergi ke balai polis damansara yg aku buat laporan semalam, and buat pengakuan bertulis kat situ. semua details dan pengakuan dah captured dlm report polis pic.twitter.com/pm8jBUNYed

— Khairulaming (khairulaming) April 29, 2021

Kedai di shopee pun dah kena banned

Khairul Aming juga memaklumkan bahawa kedai wanita itu di Shopee sudah disekat oleh aplikasi beli-belah itu walaupun telah menukar nama dari Masturaaliyah kepada DK Perfume Shop.

Sehubungan dengan itu, Khairul Aming berharap agar perkara seperti itu tidak berulang lagi dan menjadikan kes berkenaan sebagai salah astu pengajaran buat semua.

Dia juga sempat mengucapkan selamat berpuasa kepada semua warganet yang mengikuti setiap perkembangan mengenai produk sambal keluarannya.

Sumber: Khairul Aming

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*