Isteri t3rtidur samb1l jaga anak, suami s3nyap2 pakaikan gelang emas

Siapa yang tidak gemar akan kejutan daripada suami tersayang? Lebih-lebih lagi setelah penat menguruskan rumah tangga, ‘mood’ terus bertukar gembira apabila menerima hadiah yang tidak disangka-sangka.

Itu boleh digambarkan dengan pasangan Instafamous ini apabila si suami berjaya melakukan ‘surprise’ dengan memberikan seutas gelang emas kepada isterinya yang sedang tidur.

“Benda yang paling perempuan nak

@mizisaaqBenda yang paling perempuan nak : Bangun tidur suami ada depan mata, ada hadiah emas, handphone baru dan hadiah baru ❤️😍♬ original sound – Mikhail isaaq

Menerusi platform TikTok, Mikhail Isaaq memuat naik sebuah video memaparkan isterinya Siti Hajar sedang nyenyak tidur bersama anak mereka, Darwish.

“Benda yang paling perempuan nak : Bangun tidur suami ada depan mata, ada hadiah emas, handphone baru dan hadiah baru,” tulisnya. 

Lelaki berusia 26 tahun berkenaan kemudian menyarung gelang tersebut secara perlahan-lahan di tangan isterinya agar wanita itu tidak terjaga. Nanti dah tak ‘surprise’

Setelah memakaikan gelang itu, Mikhail mengejutkan isterinya yang juga usahawan kosmetik sebelum wanita tersebut menyedari terdapat gelang emas di tangannya.

Rakaman video berdurasi 34 saat berkenaan meraih hampir 700,000 tontonan dan 29,700 tanda suka, selain pelbagai reaksi warganet terhadap momen ‘sweet’ tersebut.

Jika dilihat, rata-rata meninggalkan komen negatif terhadap pasangan itu yang didakwa terlalu banyak lakonan apabila menghasilkan sesebuah video.

Bagaimanapun, terdapat segelintir individu meminta agar netizen menghentikan kecaman dan sifat ‘busuk hati’ sebaliknya mengambil dari sudut positif sahaja.

Banyak lakonan je

Sekadar lakonan atau sebaliknya, sekurang-kurangnya ada juga usaha untuk menghargai isteri. Maklum la, wanita mana tak ‘happy’ bila dapat hadiah macam tu

Sumber: T1kT0k Mikhail Isaaq

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*