Kehilangan insan tersayang seperti pasangan hidup perit untuk diterima oleh sesiapa pun. Suami atau isteri yang selama ini menjadi tempat berkongsi segalanya telah kembali ke pangkuan Tuhan, tiada lagi di sisi untuk menemani.
Seperti perkongsian oleh Facebook Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia dan Unit Khas Van Jenazah mengenai kasih seorang isteri buat arwah suaminya ketika pihak mereka menguruskan jenazah berkenaan.
Menurut SPJ, wanita yang mencium wajah arwah suaminya berulang kali itu kemudian mencium bahagian kaki arwah sambil berbisik dan menangis seperti meminta maaf buat kali terakhir kepada arwah.
Pihak SPJ yang hiba memberitahu situasi tersebut pertama kali berlaku sepenjang menguruskan ratusan jenazah, menandakan kasihnya isteri sehingga ke hujung nyawa suami.
Rakan Gabungan Ngo’s Pengurusan Jenazah Malaysia-UKVJ ( KLANG )
Perkongsian tentang kasih seorang isteri buat arwah suaminya..
Sewaktu menguruskan jenazah dibilik wakaf saya diberi peluang untuk melihat bagaimana setianya seorang isteri kepada suami..
Si isteri berbisik sambil menangis teresak esak sambil mencium berulang kali wajah arwah suaminya.. Saya tidak memahami bahasa yang digunakan oleh si isteri sewaktu berbisik kepada arwah..
Ini kerana mengikut dari borang maklumat yang ditulis oleh si isteri mereka berasal dari Kampung Gelam Gelam Semporna Sabah.. Dari apa yang saya tahu si isteri berbicara dengan menggunakan bahasa atau dialek bajau Sabah..
Selepas mencium wajah arwah suaminya si isteri beralih kearah bahagian kaki.. Saya sangkakan si isteri mahu memberi kebenaran kepada kami untuk menutup wajah arwah suaminya..
Tetapi sangkaan saya meleset… Rupanya si isteri mencium kaki arwah suaminya sambil berbisik sesuatu dan menangis..
Sepanjang menguruskan beratus jenazah baru pertama kali saya melihat situasi tersebut berlaku.. Ketika itu saya yakin si isteri sedang meminta ampun dan maaf dari arwah suaminya..
Biarpun saya tidak memahami dialek bahasa yang digunakan saya yakin si isteri sedang meminta maaf kepada arwah.. Bila terlihat perbuatan si isteri itu membuatkan saya teringat pada satu ayat..
“Syurga seorang isteri terletak dibawah telapak kaki seorang suami”
Kelakuan si isteri membuatkan saya terfikir.. Kasih sayang si isteri kepada suaminya cukup setia sehingga ke hujung nyawa.. Hampir 10 minit situasi tersebut berlaku..
Saya bersama yang lain hanya membiarkan dan memberi ruang kepada si isteri berbuat demikian.. Kerana kami tahu itu adalah peluang kali terakhir untuk seorang isteri meminta kepada suaminya..
Untuk makluman pembaca.. Maklumat tentang kematian arwah disalurkan kepada kami oleh seorang staff forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang..
Katanya ada seorang perempuan yang juga isteri kepada satu jenazah memerlukan bantuan pengurusan jenazah untuk arwah suaminya..
Staff forensik tersebut memberitahu si isteri tidak mempunyai duit untuk membayar kos pengurusan.. Lalu kami telah menawarkan diri untuk membantu pengurusan jenazah secara keseluruhan..
Jenazah telah kami kebumikan ditanah perkuburan islam Seksyen 21 Shah Alam.. Segala pengurusan untuk Allahyarham Zulbasir Bin Sulaiman kami gunakan dari tabung pengurusan jenazah yang diinfaq oleh orang ramai..
Kos liang lahad untuk arwah juga dibayar menggunakan dari dana yang ada.. Terima kasih kepada semua penyumbang.. Kerana anda operasi kami masih berjalan sehingga hari ini.. Alhamdulillah.
Sumber: Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia, Unit Khas Van Jenazah
Leave a Reply