suami selamba pakai kain pelekat pergi mall qa, Isteri berhias pakai baju lawa2

Biasanya setiap pengunjung yang memasuki ‘shopping mall’ pasti akan bersiap dengan imej cantik dan menarik, betul tak? Kalau perempuan, siap bersolek serta memakai busana lawa dan bergaya manakala golongan lelaki pula mengenakan kemeja T dipadan kan dengan seluar ‘jeans’.

Bagaimanapun terpulanglah pada gaya masing-masing ada yang tidak kisah dan pakai pakaian biasa-biasa sahaja asalkan selesa. Begitulah seperti kisah pasangan suami isteri yang tular di TikTok baru-baru ini.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh rishaazreen, wanita itu tampil kemas dan bergaya memakai sehelai blaus serta sepasang seluar berwarna putih ketika pergi ke sebuah ‘shopping mall’.

Suami keluar pakai kain pelekat

@rishaazreenSabar jelah aku 😌 #fypシ #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fyp♬ original sound – Risha & Qayum ✨

Namun, apa yang menarik perhatian netizen adalah penampilan suaminya yang dengan selamba memakai T-shirt putih lengan pendek dan hanya berkain pelekat.

Biarpun banyak mata memerhati gerak-geri lelaki itu, dia kekal tenang dan yakin dengan penampilannya sambil sakan membeli-belah ditemani isteri.

Selesa berkain pelekat, tak lemas

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan cara lelaki itu dan menganggap kain pelekat sangat selesa dipakai.

Dalam pada itu, ramai juga yang meluahkan rasa tidak ‘confident’ untuk melakukannya.

Sumber: TikTok rishaazreen

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*