Inspirasi Isteri Tinggalkan Tanpa Berita, Lelaki Gigih Dukung Anak Sambil Meniaga Cari Rezeki

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang lelaki mendukung anak perempuannya ketika sedang meniaga di serata media sosial Indonesia.

Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki memakai T-shirt berwarna kelabu membawa sebuah bag plastik besar berisi barang jualannya sambil mendukung anak perempuannya di sebuah restoran.

Mereka berdua dilihat duduk menjamu selera dengan semangkuk bakso dan segelas air sahaja, sekadar mengalas perut lapar.

Tiada siapa jaga anak di rumah, terpaksa bawa bersama

 

View this post on Instagram

 

A post shared by TASIKMALAYA (@tasiksociety)

Apabila ditanya oleh individu yang merakam video itu, lelaki itu mendedahkan terpaksa membawa anaknya berniaga kerana tiada siapa yang menjaganya di rumah setelah isterinya pergi meninggalkan mereka berdua tanpa khabar berita.

Tolak pertolongan orang lain, mahu usaha sendiri

Namun lebih mengharukan apabila lelaki itu sanggup menolak pertolongan orang ramai yang kasihan melihat keadaannya dan berkata sambil tersenyum, “Lebih baik kamu bantu orang yang lebih memerlukan”. Mulia sungguh hatinya!

Selain itu, sewaktu pemilik restoran nekad memberikan makanan secara percuma, tanpa disuruh lelaki itu terus membantu mengangkat pinggan mangkuk serta membersihkan meja makan yang didukinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat perwatakan lelaki berkenaan. Mereka mendoakan agar dia dan anaknya dimurahkan rezeki.

Semoga dimurahkan rezeki

Sumber: Indozone, Instagram tasiksociety

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*