Ini Sebabnya Ahli Kimia Ini Bimbang Ramai Tanam Dan Simpan Pokok Lidah Jin Dalam Rumah
Pokok Lidah Jin atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Mentua semakin mendapat tempat di hati kaum wanita untuk dijadikan dekorasi di dalam rumah.
Bagaimanapun, seorang ahli Kimia, Dr Fatimah Salim melahirkan kebimbangan penyimpanan pokok dengan nama saintifik Sansevieria Trifasciata di dalam rumah lebih-lebih lagi jika ditanam dalam bekas menggunakan tanah boleh membiakkan mikroorganisma seterusnya menjejaskan kesihatan golongan tertentu.
Menurut Fello Penyelidik di Institut Penyelidikan Sebatian Semulajadi Atta-ur-Rahman (AuRIns), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam, Selangor itu, tanah adalah tempat paling kondusif untuk mikroorganisma bermandiri kerana kandungan bahan organik, inorganik dan mineral yang tinggi.
“Setiap jenis tanah didiami mikroorganisma yang berbeza seperti bakteria, alga, kulat, protozoa, actinomycetes dan ciliata. Setiap satu gram tanah yang subur mengandungi 10 bilion sel mikroorganisma terutama berdekatan dengan akar pokok (rhizosphere).
“Sebab itu tanah tidak sepatutnya di simpan dalam rumah, apa lagi untuk individu yang lemah sistem imuniti kerana akan mudah terkesan dengan kehadiran mikroorganisma ini.
Sementara itu, Pusat Racun Negara pada 7 Jun lalu memuat naik status di laman Facebook rasmi menasihati orang ramai terutama jika mempunyai anak kecil agar berwaspada kerana pokok tersebut mengandungi bahan aktif dikenali sebagai Saponin yang boleh menyebabkan gejala ringan seperti muntah, cirit birit dan ruam jika termakan.
Pokok Lidah Jin atau nama saintifiknya, ??????????? ???????????, khabarnya sedang tular di media sosial sekarang..
Diketahui bahawa tumbuhan ini mempunyai bahan aktif SAPONIN. Jika termakan dalam kuantiti yang banyak berkemungkinan boleh menyebabkan gejala-gejala ringan kepada manusia seperti muntah, cirit-birit dan ruam.
Namun, ia mungkin menyebabkan gejala yang lebih teruk kepada haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Antaranya pengeluaran air liur yang berlebihan, kurang selera makan, lesu dan muntah-muntah.
Oleh itu, dalam keghairahan menanam pokok tular ini di rumah anda, pastikan anda BERWASPADA khususnya jika mempunyai anak-anak kecil yang mungkin bermain atau mematahkan pokok ini. Mereka mungkin terdedah pada bahan aktif saponin yang berisiko menyebabkan keracunan.
“Dalam keghairahan menanam pokok tular ini di dalam rumah, pastikan anda berwaspada khususnya jika mempunyai anak-anak kecil, mereka mungkin terdedah pada bahan aktif Saponin yang berisiko menyebabkan keracunan,” menurut status itu.
“Selepas tular, kadang-kadang sehari sampai 10 orang datang cari dan beli, kalau sebelum ini agak kurang,” Nlai pasaran pokok tersebut pada harga antara RM8 hingga RM40 mengikut saiz dan lengkap dengan pasu.
Leave a Reply