Ini Pnjelasan Dari Ketva P0lis Kenapa Brader Jval Bvrger Kena K0mpaun RM 50K

Kota Bharu: Seorang peniaga burger meluahkan rasa k.ecewa apabila mendakwa dikenakan k.ompaun RM 50,000 oleh pihak polis bagi kes.alahan berniaga melebihi had masa ditetapkan.

Wan Mohd Faisal Wan Kadir, 38, yang menjalankan perniagaan itu di hadapan rumahnya di Kampung Rambutan Rendang, di sini, memaklumkan didatangi beberapa anggota polis ketika menyiapkan tempahan pelanggan pada jam 11.10 malam.

Katanya, pihak polis kemudiannya mengeluarkan k.ompaun RM 50,000 bagi kes.alahan berniaga melebihi had masa dalam tempoh p.erintah kawalan pergerakan (PKP).

“Ketika itu tiada seorang pelanggan di kedai dan saya sedang menyiapkan tempahan daripada pekerja kilang.

“Memang saya belum menutup kedai namun meja sudah disimpan. Saya hanya menyiapkan pesanan untuk dihantar ke pekerja kilang.

“Saya agak terkejut apabila dikenakan k.ompaun setinggi itu hanya untuk kesalahan ini. Sudahlah musim PKP, berniaga pun bukannya laris sebagaimana seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, anggota polis yang hadir ada memaklumkan terdapat laporan daripada pihak tertentu yang mengatakan kedai burger miliknya ber.operasi lebih masa ditetapkan.

“Anggota polis itu juga memberitahu, k.ompaun sejumlah itu dikenakan kerana k.es berulang. Memang ketika PKP sebelum ini saya sudah dikenakan k.ompaun RM 1,000, juga berkaitan kes.alahan sama.

“Namun saya tidak menyangka kali ini dikenakan sehingga RM 50,000. Sudah tentu saya tidak mampu membayarnya kerana pendapatan saya hanya dengan menjual burger.

“Saya merayu k.ompaun ini dipertimbangkan semula, jumlah ini memang terlalu tinggi daripada kemampuan saya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan k.es k.ompaun berkenaan.

Katanya, untuk k.ompaun kedai yang berniaga lebih masa atau membuka meja untuk pelanggan atau tidak menyediakan penyukat suhu, memang jumlah kompaun pada kertas sa.man ditulis RM 50,000 iaitu jumlah m.aksimum.

“Bagi kes.alahan individu akan ditulis jumlah maks.imum RM 10,000. Bagaimanapun, peniaga berkenaan boleh membuat r.ayuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Itu cuma dinyatakan jumlah m.aksimum,” katanya.

Kredit : HMetro

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*