Ini Bukan Rumah Allah, Ini Rumah Sy4itan! – T3riak Pakcik.. 4STAGHFIRULLAH4L4ZIM……

Imam yang berjalan menuju masuk ke dalam masjid terhenti langkahnya. Lalu dia memalingkan wajahnya ke arah susuk separuh abad yang sedang menjerit-jerit di luar pintu pagar masjid.

Kebetulan aku baru tiba di perkarangan masjid. Jadi di waktu aku berselisih dengan pakcik tersebut, dia sedang menjerit sambil memerhati ke arah masjid.

“INI BUKAN RUMAH ALLAH… INI RUMAH SYAITAN!!… INI BUKAN RUMAH ALLAH… INI RUMAH SYAITAN!!..”

Berkali-kali pakcik tersebut mengulangi perkataan yang sama. Hampir kesemua jemaah yang sedang berada di dalam masjid keluar untuk melihat pakcik tersebut.

“Kenapa orang tua tu?” Salah seorang jemaah bertanyakan pada sahabatnya. “Tadi aku nampak Pak Ngah On halau dia.”
“Halau? Dah kenapa halau dia? “Gila agaknya. Lagipun pakaian dia tu kotor.”

Aku mencuri dengar perbualan jemaah lain yang kebetulan berada berhampiran dengan tempat aku meletakkan motosikal. Usai mendengarnya, aku terus menuju ke arah pakcik tersebut mengikuti Imam masjid. “Lalu imam mendekatinya.

“Pakcik… Kenapa pakcik cakap macam tu?” Tanya Imam muda kampung aku yang baru sebulan menggalas tanggungjawab sebagai imam masjid.

“Ini bukan rumah Allah. Ini rumah syaitan. Kalian semua pulanglah. Solat apanya di rumah Syaitan.”

Dari gaya bahasanya, dia sepertinya bukan berasal dari sini. Usianya lebih dari separuh abad. Pakaiannya agak comot. Tetapi wajahnya bersih. Malah, giginya juga bersih dan agak putih berseri.

“Hoi orang tua. Cakap baik-baik sikit. Ni kan masjid.” Celah salah seorang jemaah masjid yang agak berang mendengar kata-kata dari pakcik tersebut.

“Sabaq Bang Man. Sabaq… Orang tu tak betul tu..” Jemaah lain cuba menyabarkannya. “Astarfirullah Al Azim… Kenapa pakcik cakap macam tu. Ni kan masjid. Rumah Allah…” Imam membalas.

“Kalau ini rumah Allah, kenapa halau aku dari memasukinya? Apa kerana pakaian aku tidak cantik seperti kalian semua?”

Pakcik tersebut merenung tajam ke arah seorang lelaki yang merupakan ajk masjid kami.

“Kalau benar ini rumah Allah? Kenapa halau aku?”

Imam muda hanya terdiam mendengar apa yang keluar dari mulut pakcik tersebut.

“Sebab pakaian hang kotor. Sebab tu kami tak bagi masuk.” Bidas ajk yang direnung tajam orang pakcik tersebut mempertahankan perbuatannya.

“Apakah kerana baju aku agak compang-camping lalu kalian menganggap aku kotor. Sedangkan di pakaian aku ini tidak ada sedikit pun najis. Jika benar sekalipun aku ini kotor,

maka apa tugas kalian semua? Apakah hanya solat dan memakan hasil dari kutipan masjid? Bukankah kalian semua diberi amanah untuk menjaga rumah Allah?

Apakah menjaga rumah Allah itu hanya perlu dijaga bangunannya sahaja? Lalu bagaimana pula orang susah, fakir miskin, muallaf, musafir, yang hidup melarat, susah.

Apakah kalian hanya hidup dengan kelompok kalian sahaja dan membiarkan orang lain merempat dan menuju ke Neraka? Demi Allah.. Aku akan tuntut apa yang kalian lakukan pada aku hari ini di depan Allah di akhirat kelak.

Aku adalah seorang musafir yang menagih simpati dari pemegang amanah rumah Allah untuk aku berteduh. Tetapi kalian menghalau malah menghina aku.

Jika pakaian aku kotor sepatutnya kalian berikan pakaian bersih untuk aku. Kerana aku punyai hak di atas kutipan derma kalian dari masyarakat.

Sepatutnya kalian yang diberi amanah dari Allah lebih pentingkan masyarakat di sekeliling kalian dan bukan hanya pentingkan keceriaan bangunan batu itu semata-mata.”

“Tapi sekarang kan musim covid. Kami buat semua ni sebab arahan.” Balas ajk tadi yang masih cuba mempertahankan dirinya.
“Ya memang benar. Kita semua perlu menjaga diri.

Tapi apakah sampai perlu kita menghalang orang lain dari memasuki rumah Allah? Apakah dia berjoget, berlari, bermain di dalamnya? Tidak! Dia hanya berjalan ke tempat solat dan beriktikaf di sana. Sedangkan di tempat-tempat lain di luar sana.

Di pusat membeli-belah, mereka berjalan, berlari, malah memegang itu dan ini. Bukankah itu lebih berisiko dari duduk beritikaf di dalam masjid?

Jadi kenapa kalian sampai menghalang orang yang jiwanya berada dalam genggaman Tuhan? Apakah kuman itu lebih kuat dari cinta Tuhan? Demi Allah… Apa yang kalian lakukan pada aku hari ini, akan aku tuntut di akhirat kelak.”

Belum sempat Imam muda mengeluarkan kata-kata, pakcik tersebut terus berjalan melintasi jalan raya menuju ke arah bangunan rumah kedai yang berada di sana. “Pakcik…” Imam cuba memanggilnya kembali. Tetapi tidak diendahkan olehnya.

Tiba-tiba keluar beberapa orang dari kedai tersebut menghalangi penglihatan aku dari melihat susuk tubuh pakcik tersebut. Lalu aku cuba mencari akan kelibatnya namun tidak lagi kelihatan.

Malah, tidak ada seorang pun yang melihat ke mana dia pergi. Sedangkan kawasan tersebut adalah kawasan yang agak lapang.

Maka viral-lah seluruh kawasan kampung kami, akan berita masjid didatangi malaikat berupa manusia. Sejak dari kejadiaan itu juga, pengurusan masjid berubah hampir keseluruhannya. Wang derma dimanfaatkan untuk kebajikan masyarakat.

Malah bukan itu sahaja, masjid turut menyediakan tempat beristirehat untuk mereka yang bermusafir dan ianya percuma. Selain dari itu, pihak masjid juga turut melakukan ziarah dari rumah ke rumah bagi memantau kehidupan masyarakat dia sekeliling.

Alhamdulillah.. Hari ini masjid kampung aku lebih ramai dan lebih meriah dari sebelumnya.
Tamat…

Namun apa yang saya cuba sampaikan dalam kisah ini, terutamanya kepada mereka yang diberi amanah oleh Allah dalam menjaga rumahNya, permudahkanlah urusan orang lain. Saya bukan nak minta untuk dirapatkan saf, tidak.

Tetapi sekurang-kurangnya permudahkan urusan orang dalam melakukan ibadah di rumah Allah. Jika orang yang datang itu tidak mempunyai penutup muka, sediakan penutup muka. Jika mereka tidak punyai sejadah, sediakan sejadah.

Penutup muka itu berapa sen sangatlah. Lagi pula, kalian tidak keluarkan satu sen pun dari poket kalian untuk membelinya. Sejadah pula adalah kain, dan ia boleh dinyahkuman dengan menggunakan spray nyahkuman atau sebagainya.

Tidak kisahlah apa pun caranya. Itu tugas kalian untuk menyelesaikannya. Tugas yang diamanahkan kepada kalian semua. Jadi laksanalah dengan sebaiknya.

Sekadar itu sahaja… Ambillah pengajaran dari kisah diatas…
Menerima tanggungjawab sebagai pemegang amanah rumah Allah bukanlah sekadar mengurus keewangan masjid sahaja…tapi memastikan keselesaan setiap ahli jemaah yg hadir ke masjid,

mendekati setiap ahli qariah dan mengambil tahu akan kebajikan setiap ahli qariah…kenduri-kendara ahli qariah,mengenal pasti ahli qariah yang tak pernah ke masjid dan mendekati mereka dengan hikmah.

–Cerita oleh – Mudir Azri Aziz Alkebali

Sumber : portalislamik

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*