
Ibu Rayu Netizen Doakan Nur Arissa, ‘Doktor Cakap Jangka Hayatnya Cuma Setahun’
BATU GAJAH – Pada usia 13 bulan, Nur Arissa Mohamed Idris sudah diuji dengan peny4kit Hydrocephalus atau lebihan cecair dalam otak yang menyebabkan kepalanya besar dan mend3rita b4rah, Germ Cell Tumor. Keadaan itu menyebabkan Nur Arissa hanya terbaring dan tidak dapat bergerak aktif seperti bayi seusianya.
Menurut Suhaini Mohd Yusof, 37, kepala anaknya mula membesar ketika berusia tiga bulan manakala, b4rah dikesan sebaik dilahirkan. Suri rumah dari Taman Perumahan Awam Bemban di sini, berkata, Nur Arissa juga sudah dua kali menjalani pemb3dahan membuang lebihan cecair yang bertakung iaitu pada 16 April 2020 yang turut berlangsung kemoterapi pertamanya dan pada 18 Jun lalu.
Namun, Suhaini berkata, keadaan Nur Arissa tidak berubah dan kepalanya masih membesar serta perlu menjalani pemeriksaan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh bagi tiga bulan sekali. “Sebelum melahirkan Nur Arissa, doktor ada beritahu saya kemungkinan kepalanya akan membesar disebabkan penyakit itu dan menjangkakan hayatnya setakat umur setahun saja.
“Sebagai ibu, agak sukar untuk saya terima pada mulanya dan yang lebih menyedihkan apabila Nur Arissa disahkan pula menghidap b4rah hasil ujian Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) selepas dilahirkan. Bagaimanapun, saya dan suami (Mohamed Idris Ibrahim, 50) cuba reda dengan ketentuan itu meskipun tidak sanggup melihat Nur Arissa mend3rita ketika masih kecil,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Sebalik d3rita itu, Suhaini berkata, menguruskan Nur Arissa sangat mudah kerana anak itu tidak banyak ragam dan senang dijaga. “Setakat ini, saya senang menjaganya sendiri dan jika kembung perut atau sakit sekalipun, Nur Arissa hanya memberi isyarat seperti meneran.
“Alhamdulillah, anak sulung saya (Nur Fatiyah, 3) amat sayangkan Nur Arissa dan tidak pernah berk4sar malah sentiasa menemani adiknya dengan baring di sebelah untuk bermain bersama,” katanya. Menurutnya, Nur Arissa menerima bantuan bulanan RM500 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang diluluskan mulai bulan ini, selain sumbangan orang ramai yang prihatin apabila mengetahui kisah anak itu.
Katanya, anak istimewanya itu ada rezeki buat mereka sekeluarga dan dia berharap Nur Arissa akan sembuh satu hari nanti serta tidak akan berhenti berikhtiar. “Bagi kami, anak yang s4kit bukan beban tetapi anugerah Allah berikan, jadi saya akan terus menjaga Nur Arissa dengan sabar selagi termampu kerana yakin ada hikmah di sebalik semua ini,” katanya. Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun CIMB 12210067041529 atas nama Mohamed Idris Ibrahim atau menghubungi Suhaini di talian 013-683 4956.
Anda dah baca? Jangan lupa komen, Like dan share ya. Terima kasih
Sumber : majalah-harian
Leave a Reply