
Kes kematian melibatkan Covid-19 di Malaysia nampaknya semakin hari semakin bertambah. Ada saja khabar duka yang diterima sehingga membuatkan kita sendiri hiba mendengarnya.
Kanak2 menangis kehilangan ibu
Dalam salah satu perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikTok yang juga seorang petugas kesihatan dikenali sebagai __amin91__ , diatelah memuat naik video beberapa frontliner sedang menenangkan seorang kanak-kanak yang baru sahaja kehilangan ibunya.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Aliff itu ditempatkan di pusat kuarantin dan mendapat khabar ibunya meninggal dunia kerana wabak tersebut. Ketika itu bapanya sedang mendapatkan bantuan oksigen kerana positif Covid-19 juga.
@___amin91___Al-Fatihah untuk Arwah yg meninggal disebabkan covid 🥺 #Fyp #foryourpage #Fyp #frontliner #Kkm♬ original sound – musikstory_
Pemergian kakak tersayang
Beberapa petugas kesihatan telah menggosok belakang badan Aliff yang dilihat sedih mendengar berita duka itu disaksikan beberapa pesakit lain di katil bersebelahan dengannya.
Dalam perkongsian di TikTok seorang pengguna dikenali sebagai kerol505, dia memaklumkan ibu kepada kanak-kanak tersebut adalah kakaknya dan telah memuat naik video momen bersama wanita itu sebelum allahyarham meninggal dunia.
@kerol505Siti mariatun@maria… Kakak ku yang tercinta… Semoga ALLAH SWT satukan kita kembali disyurga firdaus… #covid #covid19
Semoga allahyarham ditempatkan di syurga
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa sangat sebak melihat momen duka itu apabila kanak-kanak berkenaan menerima khabar sedih ketika dia keseorang.
Masing-masing mendoakan agar kanak-kanak itu kuat serta tabah menerima takdir dan berharap agar bapanya kembali pulih setelah dia kehilangan ibu tersayang.
Sakitnya kehilangan orang tersayang
Sumber: TikTok __amin91__, kerol505
Leave a Reply