Sejak semalam, tular beberapa keping tangkapan skrin di media sosial memaparkan seorang penghuni di rumah jagaan orang tua berkongsi kisah peritnya dengan mendakwa ‘dibuang’ oleh sembilan orang anak.
Menerusi laporan eksklusif Buletin TV3, warga emas tersebut Zarah Ahmad mendakwa diabaikan oleh anak-anaknya ketika menerima rawatan di hospital akibat terjatuh, sebelum dirujuk ke rumah jagaan itu sejak sebulan lalu.
“Anak2 tak mahu mabil tahu pasal saya…”
Warga emas berusia 83 tahun itu berkata, dia terkilan dengan tindakan anak dan menantu yang mendakwa dirinya tidak diambil peduli selepas suaminya meninggal dunia pada tiga tahun lalu.
“Saya mati atau hidup ke, mereka tak mahu datang melawat…”
Berikutan perkongsian yang menyentuh hati penonton itu, seorang wanita Normala Shamsuddin yang mendakwa menantu kepada Zarah tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi sebuah posting di laman Facebook miliknya.
“Bukan anak2 buang dia, tapi dia yang buang anak2..”
Menurut Normala, dia mendakwa anak-anak termasuk menantu warga emas terbabit tidak mendapat layanan sebaiknya selain menyifatkan ‘maki hamun’ sering diterima oleh mereka.
“Bukan nak buka pekung tapi kenyataan harus di perbetulkan. Orang yang tak tahu mmg akan kesian kat dia. Biasalah naluri kita manusia mudah kesian nak pulak dia org tua,” katanya.
Terdahulu, temubual berkenaan menerima pelbagai kecaman warganet apabila menganggap anak-anak warga emas itu tiada sifat perikemanusiaan kerana sanggup mengabaikan ibu kandung sendiri dan meninggalkan di rumah jagaan orang tua.
Tonton temu bual penuh:
Sumber: YouTube Buletin TV3 , Facebook Normala Shamsuddin
Leave a Reply