Ibu dah bercakap tentang kahwin lagi, Shuib akui sedang kenal seseorang

Kehidupan keluarga pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu sememangnya menjadi sorotan ramai setelah pemergian Allahyarham isteri tercinta, Siti Sarah Raissuddin sekitar Ogos tahun lalu.

Ramai yang mengharapkan agar Shuib segera mencari pengganti agar anak-anak kembali mendapat kasih sayang seorang ibu.

Ibu dah bagi green light

Sebelum ini, ibu kepada Shuib ada mengeluarkan kenyataan agar bakal menantunya itu biarlah pandai memasak memandangkan anaknya suka makan tanpa mengira waktu. Anak gadis Shuib juga secara spontan mengharapkan agar bapanya kembali berumah tangga setelah pemergian ibu tersayang.

Bimbang netizen banding-bandingkan

Dalam satu temu bual bersama Mstar baru-baru ini, pelawak berkenaan mengakui sedang berkenalan dengan seseorang. Namun begitu, hubungan tersebut belum lagi ditahap yang serius. Dia juga sempat berharap agar netizen sama sekali tidak membandingkan individu berkenaan dengan Allahyarham Siti Sarah kerana penyanyi itu mempunyai ‘kelas’ yang tersendiri.

Shuib juga tidak menolak sikap wanita tersebut yang manja dan pandai menyanyi menjadikan dia tertarik untuk mengenali individu berkenaan.

“Ibu pun ada bercakap supaya saya mula kenal dengan orang lain. Tapi saya fikir bagaimana orang nak terima saya dengan anak empat.”

“Ada yang cakap terlalu awal. Ada juga yang cakap untuk saya terus bergerak,” jelasnya.

Siapa tu aunty daddy?

Namun, ketika temu bual sedang berjalan, secara spontan, anak ketiga Shuib, Ariq Matin memaklumkan kepada bapanya yang Aunty Daddy datang. Dia juga telah menunjuk ke arah wanita itu dan mengulangi perkara sama.

Menjengah ke ruangan komen temu bual tersebut, reaksi netizen dilihat berbeza-beza. Ada diantara mereka merasakan terlalu awal untuk Shuib mencari pengganti isteri walaupun sudah lebih empat bulan pemergian Sarah.

Akan tetapi, ramai juga yang faham dengan keadaan Shuib dan menyokong agar pelawak itu segera mencari seseorang untuknya memulakan buku baru dalam kehidupan terutamanya demi anak-anak.

Namun, kesemua mereka mengharapkan yang terbaik buat pelawak itu dan keluarganya agar kembali ceria serta dapat meneruskan kehidupan dengan baik walaupun cinta hati telah pergi selamanya.

Sumber: Mstar (Farol Hadi), YouTube Mstar, Instagram Siti Sarah Raissuddin

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*