ibu anak lima nyaris ‘dijemput ilahi’,tertekan pikul banyak bebanan keluarga
Mengurus anak ramai kedengaran tak mustahil, tetapi hakikatnya ibu bukanlah superhero yang boleh lakukan semua tanggvngjawab seorang diri. Ditambah pula tiada sokongan daripada suami, sudahnya stres makin memuncak tapi kewarasan semakin menghil4ng.
Menerusi perkongsian Balqis Qissazzled, dia bersama kakaknya sedang berusaha membantu seorang ibu ini yang nyaris men4matkan riw4yatnya di sebatang sungai. Difahamkan individu bernama Kak Wani rupanya tertekan gara-gara perlu menanggung hidup keluarganya seorang diri. Bukan sahaja tak cukup soal makan minum, malah ibu 5 anak ini juga tak mampu bekerja kerana ada budak kecil untuk dijaga.
Malah berdasarkan kejadian temp0h hari, Kak Wani mahu bertenang di kawasan sungai tersebut kerana dirinya cuma serabut jika pulang ke rumah. Bers1mpati dengan keadaan ibu yang tak bernasib baik ini, justeru pihak Balqis ingin membantu menyalurkan bantuan orang ramai buatnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersimpati terhadap dug4an hebat yang terpaksa ditanggung ibu malang tersebut. Selain berharap penduduk kampung agar sering pantaukan keselamatannya, mereka turut mempersoalkan di manakah keberadaan suaminya.
Sumber:KisahDunia
Leave a Reply