Ibu Amir ada masalah mental, berhenti gelar dia sebagai pembnuh

Tular di laman sosial semalam apabila seorang pegguna Twitter telah memuat naik status yang menjelaskan bahawa ibu kandung Amir itu bukanlah pembunuh sebenar seperti yang disangkakan.

Lelaki yang dikenali sebagai Iman (imanjaii) itu turut berkongsi kepada umum mengenai kisah yang berlaku pada tujuh tahun lalu sebelum Amir diambil dan dijaga oleh keluarga angkat.

Jelas Iman, ibu kandung kepada Amir itu mempunyai masalah mental, dan wanita itu turut mempunyai surat yang mengesahkan tentang penyakit yang dihadapinya itu.

Amir turut mendedahkan yang ayah tiri Amir itu sebenarnya seorang yang panas baran dan kaki pukul.

“Mak arwah adik Amir ni ada sakit mental, istilah kalau orang kita cakap, ada surat punya orang laa gitu.

“Si suami, ayah tiri arwah ni pula, memang baran, orang kata kaki hayun, anak sendiri pun dia tibai inikan pula amir anak tirinya, lunyai kena,” tulisnya.

Tujuan Iman menceritakan semula kisah tersebut kerana dia mahu wanita di luar sana supaya lebih berhati-hati dalam memilih suami.

 

Iman juga meminta kepada semua netizen supaya berhenti membuat andaian sendiri melalui cerita-cerita yang dibaca di laman sosial.

Ya benar kata Iman, jangan kita terburu-buru menyalahkan ibu kandung Amir. Apapun sama-samalah kita nantikan keputusan siasat lanjut daripada pihak polis. Semoga ada keadilan buat adik Amir.

Kredit: @imanjaii

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*