Senarai Contoh Golongan Yang Layak Menerima Kategori 1 i-Sinar KWSP
Minggu yang lepas, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengeluarkan senarai contoh bakal penerima kategori 1 iaitu kelulusan secara automatik skim i-Sinar (beserta kelayakan).
1. Pengusaha Kantin
Kelayakan :
Tidak pernah mencarum sejak Mei 2017 lalu.
2. Pemandu Pelancong
Kelayakan :
Tidak mencarum sejak awal 2020 atau sebelumnya lagi.
3. Mekanik Pesawat
Kelayakan :
Tidak mencarum sejak diberhentikan kerja.
4. Pereka Grafik Kontrak
Kelayakan :
Setengah gaji telah dipotong
Tetapi, masih mencarum.
5. Eksekutif Kontrak
Kelayakan :
- Diberikan cuti tanpa gaji secara tidak sukarela selama 2 hari seminggu.
- Masih mencarum.
6. Pengurus Acara
Kelayakan :
- Hilang pendapatan utama seperti tiada tempahan untuk menjadi pengacara majlis,
- Sudah tidak mencarum selepas Mac 2020.
7. Pekerja Pawagam
Kelayakan :
- Diberikan cuti tanpa gaji.
8. Pembantu Kedai Makan
Kelayakan :
- Gaji dipotong sebanyak separuh.
- Masih mencarum.
9. Pemilik Butik Fesyen
Kelayakan :
- Pendapatan terjejas (kekurangan untung bersih yang jelas disebabkan pandemik).
10. Pekerja Hotel
Kelayakan :
- Telah diberhentikan kerja semenjak Mei 2020.
- Sudah 6 bulan tidak mencarum.
11. Pemain Muzik Majlis
Kelayakan :
- Pendapatan terjejas (tiada / kurang tempahan majlis semenjak pandemik).
- 5 tahun tidak mencarum.
12. Krew Filem
Kelayakan :
- 3 tahun tidak mencarum
13. Suri Rumah
Kelayakan :
- 8 tahun tidak mencarum.
14. Pemandu Bas Sekolah
Kelayakan :
- Hilang sumber pendapatan (cuti sekolah)
- 9 bulan tidak mencarum.
15. Pembantu Tadika
Kelayakan :
- 10 bulan tidak mencarum.
16. Petugas Media
Kelayakan :
- Mengambil skim VSS.
- Tidak mencarum sejak Oktober 2020.
PERHATIAN : Info grafik diatas hanyalah gambaran contoh senarai bakal penerima kategori 1. Tidak bermaksud jika jenis pekerjaan anda tidak terdapat di atas, anda tidak layak. Selagi kelayakan anda sama seperti kelayakan kategori 1, anda berpeluang untuk memohon bermula 21 Disember nanti.
Sumber info : Facebook Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Leave a Reply