Hukuman penjara wanita curi Milo diketepikan, hartawan bantu bayar ikat jamin

Seorang wanita yang didapati bersalah kerana mencuri dua peket Milo di sebuah pasar raya di Marang pada Mei lalu diketepikan hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani membuat keputusan itu selepas memanggil pihak pendakwaan dan pembelaan bagi semakan kehakiman yang dijatuhkan terhadap tertuduh, Suhaini Mohd pada 5 Julai lalu oleh Mahkamah Majistret Marang.

Ia juga selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan peguam tertuduh, Datuk Naran Singh selain mengarahkan kes berkenaan disebut semula di Mahkamah Majistret Marang pada hari yang sama.

Naran yang mewakili tertuduh berkata, pihaknya mendapati terdapat beberapa kecacatan dalam prosiding kes tersebut sebelum ini.

Sementara itu Mahkamah Majistret Marang, wanita berusia 43 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan semula kes berkenaan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Selain hukuman mencuri, hukuman penjara selama 18 bulan atas dua kesalahan berkaitan penyalahgunaan dadah turut ditangguhkan.

Tertuduh yang juga suri rumah kemudian diikat jamin sebanyak RM8,000 dan Majistret menetapkan sebutan semula kes pada 6 September depan.

Terdahulu, kisah Suhaini mendapat perhatian usahawan hartanah Muhammad Azlan Al-Amin yang melantik Naran untuk mengemukakan permohonan rayuan agar hukuman tertuduh dapat ditangguhkan.

Azlan berkata, dia tidak menyokong perbuatan mencuri itu sebaliknya simpati terhadap tertuduh yang mempunyai anak-anak masih kecil selain mahu memberi peluang untuk berubah serta membina kehidupan baharu.
Mahu beri ruang untuk dia bina hidup baru
Saya sediakan khidmat peguam, ikat jamin

Sumber: Sinar Harian (Rahayu Mustafa) , Facebook Azlan Al Amin

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*