Umum sedia tahu bahawa ketika ini umat Islam sedang menjalani ibadah puasa. Rasanya perkara tersebut bukanlah sesuatu masalah kerana ia merupakan tanggungjawab yang wajib dilakukan setiap tahun.
Namun bagi mereka yang bukan beragama Islam, mereka bebas makan dan minum seperti biasa kerana ibadah tersebut tidak melibatkan mereka.
Makan sorok2 tak nak kawan nampak
Walau bagaimanapun, ada juga sebahagian daripada mereka yang sangat menghormati rakan-rakan beragama Islam dengan tidak menunjuk-nunjuk sedang makan dan minum di khalayak ramai.
Hal ini dikongsikan seorang remaja dikenali sebagai @apek_zul di aplikasi TikTok apabila rakannya yang berbangsa India sedang makan ‘sorok-sorok’ di tepi katil supaya tidak dilihat teman sebilik yang beragama Islam.
@apek_zulsatu satunya indian memang respect orang lain…makan siap menyorok…be like#sahabat
Menjadi satu-satunya pelajar India di hostel tersebut, pelajar yang dikenali sebagai Kumar dilihat sedang duduk bersila di lantai sambil menghadap dinding menikmati makanan di dalam pinggan.
Rakan-rakannya yang berbangsa Melayu pula sempat bergurau dan berseloroh mengatakan Kumar tidak puasa sambil disambut gelak bersama-sama.
Ramai yang ada pengalaman sama
Perkongsian tersebut nyata mendapat perhatian warganet dan masing-masing memuji tindakan pelajar India itu yang sangat menghormati rakan-rakannya.
Mereka juga turut menitip pesan kepada Kumar supaya tidak perlu segan untuk makan kerana ia bukanlah satu kesalahan buatnya.
Sumber: apek_zul
Leave a Reply