Berita berkenaan seorang anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Brimob Abrip Asep, yang hilang dalam tragedi tsunami Aceh dulu menjadi heboh, lapor Tribun Sumsel.
Ini kerana beredar maklumat berkenaan Abrip Asep yang ditemui masih hidup di sebuah rumah saklt jiwa di Aceh.
Walaupun keadaan m3ntalnya tidak lagi seperti dahulu, namun keadaan fizikal Abrip Asep dalam keadaan sihat.
Berbekalkan informasi daripada Satbrimob Polisi Sumatera Selatan, ternyata Abrip Asep adalah orang Lampung, Kabupaten Natar, Lampung Selatan.
Seorang ahli keluarganya yang disahkan oleh Tribunsumsel.com telah mengesahkan bahawa dia adalah seorang polis yang pernah bertugas di Aceh pada tahun 2004.
Aiptu Nazori, mendedahkan bahawa dia juga hanya mengetahui tentang maklumat ini setelah foto Asep dihantar oleh ahli keluarga dalam group keluarganya.
“Baru petang tadi dia mendapat tahu, dari komunikasi dilakukan ternyata ianya adalah Asep. Saya tidak mempercayainya, 17 tahun tidak ada berita dan kami menyangka bahawa dia sudah meninggal, tak tahu pula dia masih hidup,” katanya ketika dihubungi.
Dari foto yang berpakaian polis dengan foto disebelahnya yang memakai kemeja oren, keluarga itu mengesahkan bahawa itu memang Asep.
Selain itu, koordinasi dari Kepolisian Daerah Aceh, Brimob Koprs yang telah berkunjung terus menemui pihak keluarga juga mengesahkan bahawa itu memang Abrip Asep yang dahulunya dilaporkan hilang kerana bencana tsunami pada tahun 2004.
“Alhamdulillah, walaupun mengalami gangguan mental akibat bencana tsunami, tetapi keluarganya memanjatkan rasa syukur kerana Asep akhirnya ditemui masih hidup,” katanya.
Ketika ini, pihak Polis juga telah mengunjungi rumah keluarga Abrip Asep di Kabupaten Natar, Lampung Selatan.
Sumber: TribunSumsel.com
Leave a Reply