
Hilang kerja sebab pelanggan, Caprice bantu ‘rider’ bangunkan ‘business’ baru
Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan penghantar makanan yang dimaki oleh pelanggannya kerana terlambat menghantar pesanan disebabkan alamat yang dipin oleh pelanggan berbeza dari lokasi sebenar.
Punca dari pelanggan biadap
Walaupun hal tersebut bukanlah salah rider sepenuhnya, namun pelanggan yang kurang beradab itu telah mengugut mahu membuat aduan kepada syarikat penghantar makanan berkenaan sehinggalah rider terbabit ditamatkan perkhidmatannya.
Perkongsian dari rider tersebut di akuan Tiktok miliknya @minyakhitamjalanan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengecam tindakan pelanggan yang juga merupakan penjawat awam.
@minyakhitamjalananDia bagi salah location dgn grabfood.. Aku dah sampai location dia cakap kau tak pandai cari sediri ke.. Aku dah cari satu jam.. Dia sampai2 je dia marah aku depan org ramai dia ingt aku takde hati ke ape… Lepas dia nak cakap dia boleh buat aku hilang kjer plk tu..♬ bunyi asal – minyakhitamjalanan
Dah hilang pekerjaan
@minyakhitamjalanan Ya allah kau mudahkan kjer dunia aku #fypシ゚ #minyakhitamjalanan ♬ original sound – XTRA
Buat kejutan beri handle perniagaan
Susulan daripada kisahnya yang tular, rider yang dikenali sebagai Mohd Yusof, 27, telah mendapat perhatian selebriti yang juga aktivis, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli.
Dalam perkongsian terbaru Caprice, dia telah bertemu dengan rider terbabit dan menawarkan satu perniagaan khidmat penghantaran yang akan mereka bangunkan bersama.
View this post on Instagram
Bagus bangunkan business untuk jangka masa panjang
Menerusi video tersebut, Caprice telah membuat kejutan dengan bertemu dengan rider terbabit dengan memberikan business khidmat membaiki motosikal.
Sudah tentu perkara tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata warganet memuji tindakan selebriti itu dalam membantu orang lain dengan cara yang bijak.
Dalam perkongsian TikTok rider terbabit, dia telah memuat naik video duduk semeja dengan Caprice dan menzahirkan rasa syukur diatas rezeki yang tidak disangka-sangka ini.
@minyakhitamjalanan Terima kasih semua yg berdoakan saya.. semua korg di murahkan rezeki&shat selalu 😊#alhamdulillah❤️ ♬ original sound – KING PECAH BARANG
Terdahulu, video Mohd Yusof yang dimarahi oleh seorang pelanggan telah mendapat pelbagai respon dari warganet.
Ramai yang mengecam tindakan pelanggan terbabit kerana dengan angkuhnya mengugut hendak melaporkan rider tersebut ke syarikat penghantaran tempatnya bekerja.
Disebabkan itu, pelanggan yang merupakan penjawat awam itu telah dikenakan tindakan tatatertib dan rider tersebut pula kehilangan pekerjaannya.
Sumber: TikTok minyakhitamjalanan, Instagram Caprice
Leave a Reply