Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan, Tak Kisah Guna Kereta Kecil Ke Tempat Kerja, Cara Pilot Ini Raih Perhatian.

Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan, Tak Kisah Guna Kereta Kecil Ke Tempat Kerja, Cara Pilot Ini Raih Perhatian.

Apabila berbicara soal kewangan, tentu ada antara kita mempunyai cara yang tersendiri. Malah ada yang mempunyai perancangan tersendiri untuk memastikan tabungan keluarga stabil.

Salah satu caranya adalah mengunakan kenderaan bersaiz kecil untuk menjimatkan kos liabiliti yang perlu ditanggung setiap bulan.

Sebagaimana perkongsian bekas Kapten pesawat dan Jurulatih Kapal Terbang pesawat PDRM, Mohd Ezairol Rezan Zainol punya pendirian dalam soal perbelanjaan untuk keluargannya. Biarpun golongan T20, dia dan isteri tidak kisah menggunakan kenderaan biasa-biasa untuk bergerak ke pejabat setiap hari.

Namun, hanya menjadikan kereta bersaiz besar sebagai ‘family car’ untuk perjalanan jarak jauh atau pulang ke kampung.

Perkongsian yang sungguh inspirasi sehingga 11k, jom kita ikuti caranya.

“Hidup Ini Bukan Satu Perlumbaan…

Perodua Axia SE 1.0 (A) & (M). Model kereta tahun 2018. Inilah kereta yang Aku dan isteri gunakan setiap hari ke tempat kerja untuk mencari rezeki.”
Sebuah kereta kecil dan comel yang jimat minyak, kos maintenance yang rendah dan roadtax setahun cuma berharga RM22.50 sahaja.

Komitmen bulanannya alhamdulillah, tidaklah terlalu membebankan.

Bergantung pada duit muka yang kita bayar sebagai pendahuluan. Komitmen bulanan Axia Aku hanya RM320 saja sebulan…Oklah kan. Takdalah struggle Aku nak bayar bulan-bulan.

Orang nak kutuk tu biasalah… Aku dah lali dengan semua tu. Lagipun, kita bukannya hidup dengan pujian dan kejian orang.

Menunjuk-nunjuk kereta kat FB dan Tik-Tok is too mainstream. Zaman sekarang, orang berjaya tak tayang kereta dah sekarang ni.

Yang menunjuk dan tayang kereta sebab kononnya dia berjaya tu kebanyakkannya “scammer” yang mencari mangsa…TAPI bukanlah semua camtu.

Kawan…

Belajarlah menyimpan. Fokus kumpulkan aset, bukan liabiliti. Sekarang adalah masa untuk kita banyakkan simpanan.

Belanja benda-benda yang penting sahaja. Yang tak penting tangguhkan dulu. Belajar berjimat to the maximum kata orang tua-tua.

Nasihat Untuk Orang Muda

  1. Kereta hanyalah sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B, tak lebih dari itu…
  2. Jangan habiskan duit gaji pada kereta semata-mata untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
  3. Memiliki kereta mewah bukan petanda hidup anda telah berjaya.
  4. Jangan terikut-ikut dengan kawan. Amalkan formula setahun gaji untuk harga kereta yang sesuai dengan kita.
  5. Biar kereta tak lawa, janji saving dalam ASB, Tabung Haji, Unit Trust dan simpanan emas kita berkepuk-kepuk jumlahnya.
  6. Kereta itu hanyalah besi yang pasti akan buruk juga. Akhirat jua adalah tempat yang kekal selama-lamanya. Pastikan kita ada plan takaful untuk bekalan keluarga bila kita telah tiada.

‘FAMILY CAR’ UNTUK PERJALANAN PULANG KE KAMPUNG ATAU JARAK JAUH

Dalam pada itu beliau juga menegaskan bahawa, turut memiliki ‘family car’ untuk perjalanan jarak jauh atau pulang ke kampung.

Moga nukilan pagi ini memberi manfaat untuk semua.

Sumber: Mohd Ezairol Rezan Zainol Via Keluarga

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*