Hidap PCOS sejak usia 15 tahun, wanita tetap ‘berjuang’ dapatkan zuriat untuk suami!

Hidap PCOS sejak usia 15 tahun, wanita tetap ‘berjuang’ dapatkan zuriat untuk suami!

Setiap pasangan yang berumah tangga bersama insan tersayang, pasti mahukan cahaya mata untuk menyeri dan melengkapkan lagi kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Tidak terkecuali, wanita yang dikenali sebagai Fatimah ini berkongsi perjalanan kehidupannya yang masih berjuang untuk mendapatkan zuriat sulung selepas sembilan tahun membina mahligai.

Difahamkan, Fatimah menghidap Sindrom Ovari Polisistik (PCOS) pada usia 15 tahun namun, dia dan suami tidak pernah berputus asa untuk mendapatkan zuriat menggunakan proses permanian beradas (IUI) dan Persenyawaan In Vitro (IVF).

Difahamkan, pada kali ketiga Fatimah membuat IUI, ujian tersebut adalah positif. Akan tetapi, dia telah disahkan ectopic iaitu kehamilan luar rahim.

Selepas enam kali gagal mendapatkan zuriat melalui proses IUI, Fatimah dan suami membuat keputusan untuk menjalankan kaedah IVF sebaik sahaja mereka mempunyai wang yang mencukupi.

Bagaimanapun, apa yang menyayat hati adalah Fatimah telah melakukan IVF sebanyak dua kali namun, rezeki untuk menimang cahaya mata tidak berpihak kepada mereka memandangkan proses tersebut tidak berjaya.

Akur dengan takdir Allah yang menentukan segalanya, Fatimah dan suami rehat sebentar dan mahu mengumpul kembali wang mereka bagi menjalankan IVF meskipun sudah sembilan tahun menanti kehadiran malaikat kecil.

Usaha tidak pernah mengkhianati hasil, teruskan semangat!

Susulan itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat Fatimah agar terus diberi kekuatan dan tidak mudah putus asa dalam berjuang untuk mendapatkan anak.

Sumber: TikTok @ctfatimah0802

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*