Hidap JMML, Afiyah perlukan bantuan jalani pemindahan sumsum tulang – “Jom derma!”

Hidap JMML, Afiyah perlukan bantuan jalani pemindahan sumsum tulang – “Jom derma!”

Hancur hati ibu bapa apabila mendapat tahu anaknya menghidap penyakit yang sukar ditemui dalam kalangan anak-anak. Afiyah Mikayla Mohd Azri, 4, anak kepada pasangan Marini dan Mohd Nazri telah disahkan menghidap penyakit Juvenile Myelomonocytic Leukemia (JMML) pada 16 Ogos 2022.

Difahamkan, adik Afiyah perlu menjalani prosedur Bone Marrow Transplant (BMT) iaitu pemindahan sumsum tulang yang perlu dijalankan dengan kadar segera yang melibatkan kos perbelanjaan yang sangat tinggi.

Proses chemotherapy akan dijalankan selepas penderma sumsum tulang yang sepadan ditemui. Bukan itu sahaja, proses BMT dilakukan bertujuan untuk mengganti sumsum tulang yang rosak dengan sumsum tulang yang baru.

Bagaimanapun, Afiyah bakal dimasukkan sel darah merah yang baru ke dalam badannya bagi menyokong sistem badan sebagai langkah awal untuk menerima rawatan.

Jom kembalikan senyuman Afiyah dengan menderma!

Susulan itu, Marini dan Azri memerlukan bantuan rakyat Malaysia untuk memberi bantuan kepada mereka untuk kembalikan keceriaan dan senyuman di bibir anak kecilnya untuk kembali sihat seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Kepada insan yang bermurah hati untuk menghulurkan derma boleh salurkan di akaun CIMB Pertubuhan Penyayang OMMCARE : 8605077901.

Setiap sumbangan anda sangat berharga

Marilah kita bersama-sama bantu untuk menampung kos pembedahan adik Afiyah. Setiap sumbangan RM1 dari anda sangatlah berharga untuk anak kecil ini.

Sekadar info, Leukemia Myelomonoctytic Juvenile (JMML) adalah sejenis kanser darah yang agresif yang akan menjejaskan bayi dan kanak-kanak, menyumbang kurang daripada satu peratus leukemia kanak-kanak.

Sumber : ohmymedia

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*