Sebelum ini, tular satu video TikTok memaparkan seorang lelaki ‘dibahan’ rakan-rakannya kerana membawa bekal masakan isteri ketika mereka berkumpul untuk makan tengah hari.
Walaupun menerima pelbagai kata-kata, lelaki dikenali sebagai Boss Shukex itu hanya mampu tersenyum sambil menjamah air tangan isterinya.
Terbaru, salah seorang rakannya bernama Ejam yang sudah mendirikan rumah tangga dilihat ‘terkantoi’ apabila turut membawa bekal dari rumah selepas dipaksa oleh isteri tercinta.
Bahan orang nombor 1!
@bosshukex Replying to @Siti Nur Sofiya ♬ original sound – Boss Shukex Halo Telco_oe
Menurut Boss Shukex yang juga pengasas Halo Telco, Ejam bagaimanapun malu untuk menunjuk bekal dibawa sehingga disorokkan dalam baju bagi mengelak daripada ‘dibahan ‘ orang ramai.
“Dia dah kahwin.. kena paksa juga (bawa bekal). Nampak dia malu bawa bekal? Bahan orang nombor satu.
“Bila bini paksa bawa bekal, baru kau tahu. Eh bekas makanan dia lawa la,” kata Boss Shukex menerusi satu muat naik video di akaun TikTok miliknya.
Rakaman berdurasi memaparkan mereka dan beberapa lagi rakan keluar makan tengah hari tetapi Ejam menyembunyikan bekas makanan di dalam baju sebelum mengeluarkannya.
Lebih menarik perhatian apabila lauk dibekal isteri masing-masing hampir sama sekali gus mereka menikmati dengan penuh berselera.
Menjengah di ruangan komen, video meraih 674,000 tontonan itu mendapat hampir 1,000 komen netizen yang rata-rata terhibur melihat gelagat mereka berdua.
Malah, ada juga individu mengingatkan kedua-duanya supaya tidak terlupa membawa pulang semula bekas makanan ke rumah sebelum ‘dihamun’ oleh isteri masing-masing.
Yang penting jenama bekal tu
Dah la menu lebih kurang sama
Menerusi video terdahulu, Ejam sakan ‘membahan’ Boss Shukex termasuk mengenai bekas aiskrim yang dijadikan sebagai bekal berbanding membawa bekas berjenama ‘Tupperware’.
@bosshukexSedihkan saya kena buli …hahah
Sumber: TikTok bosshukex
Leave a Reply