
Seringkali minta sejadah, rakan dedah utamakan solat RAHSIA HaqieS Rusli murah rezeki
Penyanyi berbakat besar, Haqiem Rusli merupakan pemenang termuda memenangi Anugerah Bintang Paling Popular (ABPBH) ke-33 pada bulan lalu.
Penyanyi berusia 22 tahun itu sememangnya diminati ramai apabila sering dipuji oleh peminat kerana mementingkan hal agama.

Baru-baru ini, akaun Tiktok bernama Jay Jusin berkongsi sebuah video menyatakan penyanyi lagu Tergantung Sepi itu tidak pernah meninggalkan kewajipan solat.
“Tiap-tiap kali datang rumah memang tak pernah miss minta sejadah nak solat. Kekadang tengok kawan solat, tersentuh hati.. Harap satu hari nanti dapat solat penuh macam Haqiem,” tulis Jay.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengakui kejayaan dan rezeki yang dimiliki oleh penyanyi itu adalah kerana keutamaan dan kepatuhannya terhadap perintah Allah SWT selain kerja keras yang dilakukan.
Patut la rezeki dia melimpah ruah
Dia tahu tanggungjawab.
Alhamdullilah, layak menjadi contoh dalam industri hiburan. Ini sekali gus menepis tanggapan negatif orang ramai terhadap artis yang dikatakan hanya memikirkan tentang keseronokkan semata-mata!
cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.
Terima Kasih Selamat Beramal.
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.
Leave a Reply