“Hantar sampai liang lahad!” – Rider cuak dapat ‘order’ makanan di kawasan tanah kubur
Setiap pekerjaan pasti ada cabarannya tersendiri. Bagi penghantar makanan atau pun rider, pasti banyak halangan dan cabaran yang terpaksa dihadapi setiap kali mereka keluar menghantar makanan kepada pelanggan.
Selain risiko keselamatan, mereka turut berhadapan dengan cuaca, ragam pelanggan dan macam-macam lagi seperti yang berlaku kepada seorang penghantar makanan, baru-baru ini.
Terima order makanan di kawasan tanah kubur
Menerusi hantaran dikongsikan oleh pengguna di laman TikTok, seorang rider menerima satu pesanan daripada pelanggan dan lokasi dinyatakan adalah kawasan perkuburan.
Tanpa disangka, pesanan yang diterima itu diperoleh pada waktu malam dan berlokasi di kawasan perkuburan Islam. Siapa sahaja tak rasa cuak dan tertanya-tanya apabila mendapat pesanan di kawasan tanah perkuburan yang sentiasa dihantui dengan kisah-kisah mistik.
Hantar makanan sampai ke liang lahad
Pun begitu, rider tersebut tetap memberani diri untuk menghantar kepada pelanggan meskipun lokasi dinyatakan adalah tanah perkuburan.
Ternyata, nasib menyebelahinya apabila tempahan tersebut dibuat oleh seorang lelaki yang bekerja sebagai penggali kubur yang lapar sewaktu menjalankan tugas bersama beberapa rakan lain.
Namun, apa yang menariknya adalah riak wajah rider berkenaan sebaik sahaja tiba di lokasi penghantaran dengan melihat beberapa orang di kawasan tanah kubur.
Nasib tak kena scam
Rata-rata warganet turut meluahkan perasaan yang sama apabila melihat video berkenaan selain memuji keberanian rider tersebut menghantar pesanan pelanggan sehingga ke tanah kubur.
Malah, mereka juga mengatakan nasib rider berkenaan sangatlah baik kerana tidak menjadi mangsa tipu daya oleh makhluk ghaib seperti mana pernah tular beberapa penghantar makanan tiba di lokasi tanah perkuburan yang suci sepi.
Sumber: TikTok @anwarcaad13
Leave a Reply