Hang4t ‘per4ng’ laksa, Tunku Azizah minta j4ngan g4duh… yang penting tumis betul-betul, cukup remp4h – “Ikan apa pun boleh”

MEDIA sosial kini hang4t memperkatakan ‘per4ng’ antara laksa Johor dan laksa Kedah, dengan masing-masing berkongsi resipi makanan itu.

Begitu heb4t pen4ngan laksa dari dua negeri sehinggakan carian ‘laksa’ di Facebook akan memapark4n ‘laksa g4duh viral’ sebagai carian paling popular.

Semuanya gara-gara penggunaan ikan dalam masakan laksa, di mana j4ngan menj4tuhkan standard menggunakan ikan kembung dan ikan selayang dalam masakan itu.

“Kalau tak ada ikan parang, guna ikan tenggiri. Jangan jatuhk4n standard kami orang Johor menggunakan ikan kembung dan ikan selayang. Itu standard orang utara atau pantai timur,” k0men seorang netizen sehingga menjadi tular.

Chap’ laksa yang dihasilkan oleh Tunku Azizah.

Isu laksa yang tular turut mendapat perhati4n Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meminta semua pihak tidak berkel4hi antara satu sama lain hanya disebabkan berlainan pendapat berhubung masakan dari negeri masing-masing.

“Kita jang4n berg4duh pasal laksa. T3puk dada, tanya selera. Ikan apa pun boleh. Udang hidup, udang kering atau ikan masin. Yang penting, tumis betul-betul dan cukup remp4h dan main api sehingga naik miny4k.

“Laksa Pahang pun sedap. Saya g4bungkan kuah laksa Johor dan Pahang! Saya hidangk4n bersama laksa beras, laksa tepung dan laksa spageti.

“Laksa Pahang juga sedap sangat. Tidak ditumis, cara masaknya berbeza tapi rasanya agak sama dengan kuah laksa Johor! Saya suka laksa beras dan laksa tepung, dimasak atas kayu api… baunya sedap!” titah tuanku.

Saranan Tunku Azizah turut disokong oleh cef selebriti, Chef Adu dan Yatie Kitchen.

“Betul tu Tuanku! Patik setuju sangat!” k0men Chef Adu.

“Nanti ajar patik pula ‘chap’ spageti tu ya Tuanku,” ujar Yatie Kitchen.

Perkongsian Tunku Azizah di laman Instagram rasmi baginda.

Dalam pada itu, menerusi satu video yang dikongsikan, Tunku Azizah turut menunjukkan cara membuat gulung4n laksa atau dipanggil sebagai ‘chap’.

“Kena minta maaf di sini, orang Johor pandai ‘chap’ laksa spageti tapi orang Pahang pandai ‘chap’ laksa tepung dan orang Terengganu pandai ‘chap’ laksa beras…

“Tapi sekarang tak ramai pandai ‘chap’… saya pun kena belajar semula dengan Wokwok! Laksa tepung atau beras di masak atas kayu api, baunya sedap sangat!” titah tuanku.

Tunku Azizah terkenal dengan hobi memasaknya sama ada menu tradisional mahupun manisan, sekali gus lebih mendekatkan diri baginda kepada rakyat.

Baginda telah menghasilkan tiga buku iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang yang diterbitkan pada 2007, serta dua naskah buku pada 2018 iaitu Air Tangan Tengku Puan Pahang Manisan Tradisional Pahang dan Air Tangan Tengku Puan Pahang Masakan Tradisional Pahang.

Sumber:mstar

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*