Bawa watak uniform lagi, netizen ‘muak’ tengok muka Hairul Azreen?
Tidak cukup dengan itu, sebuah lagi filem berjudul Malbatt: Misi Bakara juga dijangka akan menemui penonton pada sambutan Hari Kebangsaan tahun depan.
Tahun ini menyaksikan tema ‘perjuangan’ diangkat menjadi pilihan pengarah. Selain Mat Kilau, filem Juang dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa juga masih rancak ditayangkan di pawagam.
Bagaimanapun, filem arahan Adrian Teh itu kurang disenangi segelintir warganet apabila pelakon Hairul Azreen turut melakonkan watak sebagai salah seorang anggota tentera.
Filem BAKARA arahan Adrian Teh kini bertajuk ‘MALBATT: MISI BAKARA’ akan datang ke pawagam tahun 2023! pic.twitter.com/XeXKXtyOBC
— #ZHAFNOPE (@zhafvlog) September 10, 2022
Isu bermula selepas pengulas filem, Zhafvlog memuat naik satu ciapan di laman Twitter berhubung filem yang menelan kos perbelanjaan sebanyak RM20 juta itu.
Menerusi ruangan komen, ramai mempersoalkan mengapa Hairul sering dipilih bagi menjayakan filem berkonsepkan badan beruniform sedangkan ada lagi pelakon hebat lain.
Rata-rata berkata, mereka bukan cemburu sebaliknya meluahkan rasa bosan apabila menonton lakonan Hairul yang sudah sinonim dengan filem aksi.
Tapi barisan pelakon lain mantap
Cari pelakon lain la!
Bukan dengki, sekali dua ok la
Pengarah tak bagi peluang pelakon lain ke?
Namun begitu, segelintir warganet menyatakan minat untuk menonton filem berdasarkan kisah benar itu kerana menampilkan bintang hebat Bront Palare.
Terdahulu, Hairul pernah membawa watak badan beruniform seperti dalam filem Qhaliq, PASKAL, Operasi X, Polis Evo 2 dan Abang Long Fadil 3.
Selain Hairul, Bront dan Remy, Malbatt: Misi Bakara turut menampilkan Adlin Aman Ramlie, Fauzi Nawawi, Zahiril Adzim, Iedil Dzuhrie, Syazwan Zulkifly, Shaheizy Sam, Dafi Ismail Sabri dan ramai lagi.
Filem berkenaan mengisahkan tentang operasi dalam membantu menyelamatkan tentera Amerika Syarikat yang terperangkap di dalam perang saudara di Somalia.
Sumber: Twitter @zhafvlog
Leave a Reply