“Buta Mata & Mild Autisme, Namun Berjaya Hafaz Yassin Seawal Usia 3 Tahun. Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran.

“Buta Mata & Mild Autisme, Namun Berjaya Hafaz Yassin Seawal Usia 3 Tahun. Ini Cara Ibu Bapa Didik Anak Istimewa Ini Hafal Al-Quran.

Biarpun dilahirkan serba kekurangan kerana tidak boleh melihat sejak kecil lagi, namun Tuhan si cilik ini ‘celik’ hatinya kerana mampu menghafaz hampir semua surah dalam Al-Quran.

Menurut sesawang mingguan wanita, Ahmad Aqeel bin Faiz Mohammad Noor, 5, disahkan mempunyai penyakit yang berkaitan dengan saraf sejak dilahirkan. Disebabkan itu, Aqeel tidak mempunyai bebola mata di mata kanannya dan mata kiri hanya berwarna putih.

Tidak sempurna dari segi penglihatan, namun Aqeel nampak seperti kanak-kanak biasa yang lain. Malah dia kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Presint 18, Putrajaya di bawah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi pendidikan kanak-kanak kurang upaya penglihatan.

Alhamdulillah, Aqeel ‘disuluh’ Al-Quran. Menurut ibunya, Nur Izzah Mohamad Kamil, 36, ketika Aqeel berumur setahun, perkembangannya agak lambat dan suka menghantukkan kepala di lantai.

Malah, dia juga dikatakan sering menangis tanpa diketahui punca ketika berusia setahun. Setelah beberapa bacaan dilakukan barulah mereka sedar bahawa Aqeel mempunyai ciri-ciri penyakit Autisme.

Untuk mengesahkan perkara itu, mereka turut membawa Aqeel ke pakar psikiatrik dan doktor mengatakan bahawa kanak-kanak tersebut menghidap penyakit ‘Mild Autisme’.

Nur Izzah mengatakan bahawa, “Aqeel dulu ada masalah tak tidur malam sebab dia tidak dapat bezakan waktu siang dan malam. Nak bagi dia tidak merayap keluar dari bilik memang kami pasang ayat suci al-Quran setiap masa dalam bilik dia. Kalau dia tak dapat tidur, dia akan dengar al-Quran sepanjang malam hingga pagi.

Ketika mengandungkan Aqeel, ibunya sering mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran sehinggalah kanak-kanak itu besar. Surah berkenaan dipasang melalui YouTube, radio dan TV.

“Lagipun Aqeel ada Autisme, jadi kalau dia ‘tantrum ’ (meragam) memang saya pasangkan al-Quran sebagai terapi untuk dia,” tambahnya.

Ayat suci Al-Quran juga dikatakan telah sebati dalam diri Aqeel ketika dalam rahim lagi.

Kekurangan Aqeel sebenarnya membuktikan bahawa dia mempunyai ‘kelebihan’ yang jarang dimiliki orang lain.

Aqeel yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu dikatakan lebih hebat daripada adik-beradiknya yang lain dalam menghafaz surah dalam Al-Quran. Menurut ibunya, Aqeel menghafaz surah Al-Baqarah, Al-Imran, An-Nisa, dan Yassin.

Ayah Aqeel, Faiz Mohammad Noor Kamaruzaman, 36, pernah meminta Aqeel menyambung ayat yang dibacanya dan Aqeel berjaya melengkapkan surah yang dibaca oleh ayahnya itu. Bukan setakat itu sahaja, Aqeel juga boleh meneka surah apa yang dibaca oleh ibu bapanya walaupun tanpa penglihatan.

Aqeel turut dihantar ke sekolah, terapi dan kelas fardu ain untuk persiapan dirinya di masa hadapan. Semoga Aqeel dapat bertanding dalam tilawah Al-Quran suatu hari nanti. Semoga cita-cita dan impian Aqeel tercapai suatu hari nanti.

Faiz dan isteri turut berkongsi cara yang mereka guna dan amalkan untuk anak istimewa itu menghafal Al Quran. Semua ibu bapa boleh lah jadikan rujukan.

Sumber: Harian Metro & Faiz Kamaruzaman

cara mohon tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya.

Terima Kasih Selamat Beramal.

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Cara Mohon.

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*