isteri hadiahkan kereta idaman seperti dalam game, Sokong hobi suami

Kebanyakan lelaki memang meminati ‘game’. Tidak mengira status atau umur, masih bujang mahupun sudah berkahwin, bermain ‘game’ dikira sebagai satu hobi biasa dimana isteri sudah lali dan terpaksa menerima sekiranya mendapat pasangan ‘kaki game’.

Begitulah seperti yang dikongsi oleh seorang usahawan bernama Erni Bougas dimana dia turut menghadapi situasi yang sama apabila mendedahkan bahawa suaminya sangat suka bermain ‘game’.

Dia memuat naik kisahnya itu menerusi sebuah video di aplikasi TikTok miliknya, -ernibougass baru-baru ini.

“My husband memang suka sangat main game, setiap kali balik kerja memang ni lah kerja dia. Dan dia sangat obses dengan kereta dalam game ni.” luahnya.

Menurut Erni, setiap kali pulang dari kerja, suaminya itu sudah tentu akan bermain ‘game’. Bahkan, dia turut mendedahkan suaminya itu menyukai sebuah kereta dalam ‘game’ berkenaan.

Bukan itu sahaja, suaminya juga sudah banyak kali meminta mahu beli kereta itu tetapi tidak diendahkan olehnya. Namun, tindakan Erni di pengakhiran video tersebut mendapat reaksi positif daripada warganet.

Terima kasih untuk segalanya sayang!

@ernibougassAlhamdulillah Thumma Alhamdulillah. Thanks for everything sayang❤️ i love youuuu to the moon and back. Gittew🤪 #SmileStrong2021 #fyp #bougasbeauty♬ JAB SE MERA DIL – Sachiin J Joshi & Nargis Fakhri & Navneet Kaur Dhillon & Ali Asgar Agha & Vivan Bhathena & Mona Singh & Sabina Chema & Monisha Haseen & Tara Devani & David Broughton

Jelasnya, perkara itu dilakukan sebagai penghargaan di atas sokongan yang diberikan suami terhadapnya selama ini, jadi dia menunaikan impian suami tercinta untuk memiliki kereta idamannya seperti dalam ‘game’ tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet memberi pelbagai reaksi terhadap perkongsian itu dimana rata-rata turut teruja melihat tindakan wanita tersebut dalam menghargai pasangan.

Difahamkan, wanita itu merupakan pengasas produk kecantikan tempatan. Ternyata, ramai yang memuji usahawan tersebut kerana memilih untuk memahami dan menyokong minat suaminya.

Sumber: TikTok Erni Bougas

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*