Kejutan pada hari bahagia, suami umur 18 tahun hadiah kereta Mustang untuk isteri

Setiap individu pasti teruja menerima hadiah tidak kira daripada ibu bapa, kawan-kawan mahupun pasangan hidup. Hadiah yang diberikan pasti mampu mengubah ‘mood’ menjadi semakin gembira selain tanda menghargai antara satu sama lain.

Seperti perkongsian seorang wanita di aplikasi TikTok, dia telah menerima hadiah yang begitu ‘besar’ dan hal ini telah mengundang perhatian netizen kerana menyifatkan dirinya sungguh bertuah.

Seronoknya tengok, untung!

@ayunieso24Tq suami , supprise kan MUSTANG pd hari perkahwinan kita hari ni , walaupon usia kita baru 18 tahun! Nt yuni akn cerita mcm mana kami capai tahap ni

♬ original sound – ayunieso

Menerusi video berdurasi kurang dua minit tersebut, wanita dikenali sebagai Ayuni itu mendapat sebuah kereta idaman ramai iaitu Ford Mustang pada hari bahagianya selepas bergelar pasangan suami isteri.

Lebih mengejutkan walaupun baru berusia 18 tahun, suaminya mampu ‘mengangkat’ kereta tersebut sekali gus berjaya mengembirakan isteri hasil titik peluh sebagai usahawan.

Dapat dilihat di dalam video tersebut, sejurus sahaja kain yang menutupi matanya dibuka, Ayuni menangis kerana terkejut dengan hadiah yang diterima. Air mata gembira dan terharu tidak dapat ditahan lagi!

“Terima kasih suami. Beri kejutan Mustang pada hari perkahwinan kita hari ini. Walaupun usia kita baru 18 tahun!,” luahnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan agar hubungan suami isteri dijaga oleh Allah SWT selain ada juga yang sempat berseloroh mengenai umur mereka.

Seronok ya tengok orang ‘happy’ ini. Terus membuak-buka motivasi dalam diri supaya boleh jadi berjaya! Semoga ikatan yang terjalin antara Ayuni dan suami sentiasa bahagia.

Sumber: TikTok Ayunieso

 

 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*