GELAGAT seorang kanak-kanak lelaki yang baru berusia lima tahun ‘menghantar laporan’ aktiviti harian ibu kepada bapanya menerusi panggilan video baru-baru ini menghiburkan hati warga maya.
“Ayah… ibu tengok TikTok masa dekat KL hari tu, hari tu lagi ibu main TikTok, masa tidur pun main TikTok, ibu senyap-senyap tengok TikTok dalam selimut,” demikian ‘lapor’ Nik Hyder Lotfi Nik Ahmad Wafi kepada bapanya.
“Habislah ada tukang report,” tulis seorang warga maya di ruangan komen video tersebut.
Bercakap kepada mStar ibu kanak-kanak tersebut, Yusmira Ilani Muhamad Razif, 33, berkata, dia dan suaminya, Nik Ahmad Wafi Nik Ramli, 35, sudah lebih setahun menetap berasingan disebabkan tuntutan kerja.
Bercerita mengenai video tular tersebut, katanya, dia terpaksa berpura-pura telah tidur untuk merakam gelagat anak sulungnya itu.
“Saya bekerja sebagai pegawai HRD Corporation di Kelantan, suami bekerja sebagai Penguasa Kastam di Seberang Jaya, Penang.
View this post on Instagram
“Setiap malam sebelum tidur dia akan video call dengan ayah dia, memang selalu gosip dan cerita apa yang berlaku pada hari tersebut pada ayah dia.
“Kebetulan ada satu hari tu saya pergi Kuala Lumpur sebab ada kursus, memang biasa bawa anak-anak sekali, ayah dia pun datang dari Penang.
“Masa tengah tunggu ayah dia dalam kereta dekat airport saya tengok TikTok, kebetulan ayah dia dah sampai dan saya tak perasan,” katanya, sambil menambah anaknya itu mampu bergosip dengan bapanya berjam-jam lamanya.
Nik Ahmad Wafi akan membuat panggilan video setiap hari untuk berbual dengan anaknya.
Mesra disapa Mira, ibu kepada dua anak ini berkata, suaminya, juga cukup akrab dengan anak-anak walaupun mereka tinggal berjauhan.
“Dia memang rapat dengan ayah dia sebab suami saya rajin melayan, kalau suami saya balik ke Kota Bharu memang dia yang akan uruskan anak 100 peratus,” ceritanya.
Mira bersama dua orang anaknya.
Jelasnya, dia selalunya akan memuatnaik video-video ke laman TikToknya secara senyap-senyap.
“Kalau buat content memang saya akan menyorok, tak pernah buat depan dia sebab saya malu.
“Tapi kalau setakat nak tengok video dekat TikTok tu selalu je tengok depan dia,” katanya.
Nik Hyder Lotfi rajin bergosip dengan bapanya.
Menurut Mira, anaknya itu bagaimanapun tidak pandai menggunakan media sosial tersebut, sebaliknya lebih banyak menghabiskan masa menonton video di YouTube.
Sumber : mstar
Leave a Reply