H4ram L4nggar Larangan Rentas Negeri Beraya Di Kampung- Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah

KUALA LUMPUR: H4ram hukumnya mel4nggar larangan merentas negeri untuk pulang ke kampung menyambut Aidilfitri, seperti yang ditetapkan kerajaan, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah. Beliau berkata, asas kepada larangan rentas negeri perlu dilihat daripada hadis Rasulullah SAW mengenai wabak penyakit taun.

Beliau berkata, Rasulullah SAW menyebut supaya umat manusia mengelak ke sesuatu tempat jika mendengar mengenai penyebaran sesuatu w4bak peny4kit dan mereka yang sudah sedia berada di tempat itu, tidak boleh keluar daripada kawasan berkenaan.

“Rentas sempadan, apa hukumnya apabila kerajaan larang? Andai tidak taat kepada Ulul Amri (pemerintah) maka hukumnya h4ram. “Sekarang angka (j4ngkitan) semakin tinggi, jadi kalau dibenarkan (rentas negeri) bila rantaian j4ngkitan ini akan berhenti?

“Dalam media baru-baru ini ada kes t!pu dokumen semata-mata mahu merentas negeri dengan menggunakan surat (kebenaran palsu) Yang Dipertuan Agong. Itu dua kali haram, menipu untuk rentas negeri dan men!pu surat (kebenaran),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Seminar Cabaran COVID-19 Menurut Perspektif Islam dan Pelancaran Buku Fakulti Pengajian Islam di Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang turut disiarkan secara maya melalui aplikasi zoom, hari ini.

Luqman berkata, perbincangan panjang mengenai hukum boleh dibuat bagaimanapun dalam menangani penul4ran COVID-19, umat Islam perlu kembali kepada perkara paling asas termasuk menerima l4rangan dikenakan pemerintah sekiranya dilakukan bagi tujuan kebaikan.

“Sekiranya untuk kebaikan, sebagai rakyat ia perlu diikuti. Jika tidak ris!ko (disebabkan j4ngkitan) adalah tinggi,” katanya. Luqman berkata, beliau sendiri sepatutnya ke Kelantan untuk menghadiri mesyuarat baru-baru ini tetapi membatalkannya bagi mengelak sebarang risiko jangkitan.

“Saya sudah mendapat surat (kebenaran rentas negeri) polis tetapi apabila seluruh daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya terpaksa berfikir semula.

“Jika balik, mungkin saya (dijangk!ti) atau menjangk!ti mereka di sana jadi saya tidak ke Kelantan dan hanya menjalani mesyuarat secara dalam talian. “Jika ada keperluan, bolehlah merentas negeri dan kerajaan juga membenarkannya jika ada keperluan tetapi jika hanya untuk tujuan sosial, ia akan hanya membawa risiko yang tinggi,” katanya.

Sumber : majalah-harian

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*