Guru Hilang Kerja, Tinggal Dalam Kereta, Bekas Pelajar Tampil Hulur Cek RM111,200

Siapa sanggup melihat insan yang telah banyak mendidik kita, tiba-tiba hidup merempat menjadi gelandangan gara-gara wabak pandemik Cov1d-19 yang melanda ketika ini.

Memetik laporan Fox8, seorang lelaki Steven Nava menghadiahkan cek kepada gurunya, Jose Villarruel benilai AS$27,000 (kira-kira RM111,200) sempena hari lahir ke-77.

Difahamkan, Villarruel yang berkhidmat sebagai guru ganti sejak puluhan tahun lalu terpaksa tinggal di dalam kereta sejak Mei 2020 selepas hilang pekerjaan dan tempat berteduh.

Berikutan itu, bekas pelajarnya yang berusia 21 tahun tersebut merancang bagi melakukan kejutan dan meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Villarruel atau dipanggil sebagai Mr V.

Menurut Nava, dia ternampak Villarruel hampir setiap hari di dalam kereta sebelum bertindak untuk mendekati warga emas berkenaan.

“Saya selalu nampak dia dan membuatkan saya terfikir untuk mengetahui keadaannya sekarang. Alangkah sedih apabila guru anda sendiri yang melalui kesusahan ini,” katanya.

Selepas memberi AS$300 (kira-kira RM1,235), dia kemudian mengambil inisiatif mencari dana melalui GoFundMe bagi membantu Villarruel mendapat kehidupan lebih baik.

@stvnna7Im so thankful.. SURPRISE MR.V! HAPPY BIRTHDAY 🥳❤️😩 ily #foryoupage #fyp #thankyou #viral♬ original sound – Steven Nava

Ini termasuk berkongsi kisah yang berlaku di Los Angeles tersebut di semua platform media sosial sehingga meraih perhatian warganet untuk menghulurkan sumbangan dengan memperoleh jumlah RM111,200 itu.

@stvnna7I can’t be anymore thankful for you guys helping me make this happen.. its starting to sink in a bit 🥺 :,) #fyp #foryoupage #thankyou #fontana♬ original sound – Adam

Sumber: Fox8 

Artikal Popular :

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*